05 July 2012

Cukup sudah

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Alhamdulillah. Masih mampu menulis lagi. :)

Saya tiba-tiba terfikirkan betapa banyak janji dan kata dusta yang pernah saya ungkapkan dan berapa banyak pula yang pernah saya terima dan hadapi. Kalau anda pun cuba hitung-hitungkan dan dapati yang kita terima dan hadapi lagi sedikit dari yang kita sendiri ungkapkan, bermakna kehidupan kita ini mengundang murka Allah. Walaupun kadang-kadang orang cakap ada tipu sunat dan sebagainya, percayalah Islam tak pernah memberi penganutnya 'green light' untuk menipu. Yang ada, cuma tipu yang dibolehkan dalam beberapa perkara seperti;

1. Menipu untuk mendamaikan dua saudara yang bertelingkah.
2. Menipu untuk mengelakkan kemudharatan.

Dan beberapa lagi. :)

S.U.D.A.H. Cukup-cukup sudah


Jangan bohong lagi


Manusia,

Kata-katamu berbaur dusta,
Janjimu menghampa,
Harapanmu sia-sia,
Kau sering mengundang binasa..

Maka,
Pada siapa harusku percaya

wanfadabraham
sentul
2012