07 July 2012

Baik tak tahu

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..
 
Terkadang,
Ada perkara
Yang kita tak tahu
Akan kelihatan kita kurang akalnya
Apabila bertanya

Tapi,
Ada juga perkara
Yang kita tak tahu patut dibiarkan sahaja

Kerana,
Jika tahu mengundang binasa
Membawa luka

Jadi,
Lebih baik diam* sahaja
Lebih bijaksana

wanfadabraham
Tabung Haji Kelana Jaya
7 Julai '12

Wallahua'lam.

*Diam fi'li dan qauli baikkah?