Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..
Sudah berbulan-bulan sesawang ini terbiar di sudut blog sunyi ini. Sudah lebih juga separuh dari 12 bulan ia terbengkalai.
Alhamdulillah, wa syukru lillah. Besar nikmatnya dapat menulis lagi. Sangat rindu untuk bermula semula namun, kerahan idea yang kian luntur (mungkin kerana kurangnya ke majlis ilmu sejak akhir-akhir ini) membawa tawar di hati dan memudar jiwa.
Hari ini, dan baru sahaja beberapa minit yang lalu saya menerima sms dari seorang sahabat menyatakan, "kapal terbang dah bergerak" dan betapa naifnya saya membalas, "kau terlepas 'flight' ke?". Dan sebenarnya, dia bermaksud 'sudah bertolak'. Haha. Saya rasa saya lurus bendul pula. Dalam beberapa minit kemudian, saya pasti dia akan berada beberapa ribu kaki di awanan. Saya doakan, semoga perjalanannya dan keluarga selamat dan sempat pula menitipkan salam saya buat Rasulullah S.A.W yang tercinta yang saya malu untuk menatapnya kelak kerana banyakya dosa.
Perjalanan cintanya sudah bermula, dan saya masih lagi meniti detik waktu dan saat yang ditakdirkan untuk saya jua bermusafir mencari cinta.
C.I.N.T.A A.G.U.N.G
Tuhan,
andai tangan yang cemar ini menadah,
Sudikah Engkau mengisi tadahannya?
wanfadbaraham
2012Julai3