05 July 2010

Islamic Outreach Abim

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~

Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu sempat menyertai program Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) yang diadakan di Islamic Outreach Abim, Kok Lanas. Alhamdulillah.. Program berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang peserta yang tidak dapat menghadirkan diri. Yang palin seronok, program ini adalah program bersama anak-anak orang asli. Kalau tahun yang lalu, saya pernah ke Asrama Darul Falah (asdaf) Perkim di Kuala Lumpur, tahun kini di tempat sendiri pula menabur jasa. Alhamdulillah.. HBB.

Di check point terakhir. Bersama Mursyidah untuk menguji kerjasama adik2 asli ^^,

Ada beberapa perkara yang nak dikongsikan bersama para sahabat da'ie yang ada di luar sana antaranya, janganlah terlalu berada di zon yang selesa. Keluarlah menyebar agama Allah ini ke suku-suku orang asli yang dekat sahaja dengan kita. Jangan lah kita membezakan warna kulit, rupa, bangsa dan sebagainya. Pahala besar bagi orang yang membantu orang lain untuk memeluk Islam. Teringat kata-kata ustaz Faisal,
amatlah banyak pahala yang kite perolehi kerana kita diumpamakan sebagai perintis. Sekali mereka berbuat kebaikan dan kebajikan, pahala yang sampai pada kita berganda-ganda kerana sudah pasti mereka akan menyampaikan Islam kepada suku-suku orang asli di kampung mereka pula.

Ust. Faisal (YDP-Abim Kelantan) merasmikan majlis penutup.

Seronok melihat adik-adik ini bermain. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Pergi mana-mana tanpa alas bukanlah perkara yang luarbiasa bagi mereka. Berjalan jauh tak menjadi masalah. Sangat suka terjun ke tali air yang penuh lumpur. Suka sangat apabila menjejakkan kaki di kawasan ini. Sebenarnya ini kali yang ke dua saya ke sana. Yang pertama kali pergi, semasa di alam sekolah menengah. Tingkatan berpa entahlah. Lupa pula. Banyak lah juga perubahan yang berlaku. Yang pasti, adik-adik ni bila berbicara pasal kebersihan, boleh dikatakan fail. Huhu.

Salman, Adil dan Azlan.. Tidur di surau supaya mudah dikejutkan untuk qiam. Subhanallah..:)

Semasa pulang, macam-macam saya dapat perkongsian dari Ust. Faisal. Paling-paling saya ingat adalah tujuan berjamaah. 
"Jangan terlalu asyik nak bersaing bila kita dalam jamaah ni. Bila kita berpersatuan, kena ada "إنفتاح الصدر والعقل". Iaitu, berlapang dada dan fikiran yang terbuka. Kita memang kena berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, tapi  bukanlah bersaing dan meruntuh atau menjatuhkan satu sama lain."

Begitulah antara kata-kata beliau. Sangat banyak yang kami bincangkan dalam tempoh sejam lebih itu. Entah bila pula dapat menadah mutiara ilmu beliau lagi. Huhu.

Peserta dan fasy bersama.

P/s: #%$&^(jsdsa,.))asjksanf.. Aku tak paham bila dorang guna bahasa dorang. grr..