Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen
Bila dah ada di rumah, macam-macam pendedahan saya dapat. Masa di kampus, tak ada lah sangat. Huhuu.. Apalagi kalau bukan pendedahan dari televisyen. Di kampus, nak cari TV kena usaha turun naik tangga dan jalan sana sini untuk cari TV(kalau bilik TV jauh). Tapi kalau kat rumah, lepak-lepak kat ruang tamu je, buka TV, lepak-lepak kejap je, tengok TV. Haish. Sekarang ni pulak tengah tengok cerita Hagemaru. Kisah budak botak dan keluarganya yang sangat tak senonoh. Ada satu skin di mana dia pergi pinjam seterika di rumah seorang makcik. Masa tu makcik tu baru aje lepas guna seterika. Katanya, "makcik, boleh saya pinjam sterika?" bila makcik tu bagi dia bawak balik cepat-cepat dan terus bagi pada mama dia. "mak, cepat guna seterika ini masih panas lagi!" haha.. Memang kelakar, tapi....
Tak senonoh kan?Risau adik-adik terikut dengan perangai tak senonoh Hagemaru ini. Bukan Hagemaru sahaja, malah kartun-kartun seperti SinChan, Ninja Boy dan lain-lain seakan-akan mengandungi beribu-ribu jarum doktrin yang akan membuatkan adik-adik kita 'biasa' dengan berbuat perkara yang tak senonoh. Banyak unsur-unsur tak menghormati orang tua (atau orang yang lebih dewasa), main cakap sesuka hati, mencuri (ambil tanpa izin), bermesraan, pengotor dan sebagainya. Nah, kartun-kartun seperti UpinIpin yang menekankan unsur-unsur agama bila di 'moviekan' hilang sudah unsur-unsur tersebut. Tiba-tiba ada si Opet comel tu. Huhu.. Apa-apa pun, jangan pula kita langsung tak nasihat adik-adik yang tengok cerita tu dan selitkan nasihat-nasihat yang berguna untuk mereka.. Oklah, bising Si Atiq(pupuku) ni nak main game. Ni pun salah satu doktrin yang kira berjaya. Budak-budak gila game aje. Bila dah main, terus macam tak ingat dan lupa segala. Macam si Atiq ni juga..
P/s: Nasib baik muka budak ni muka kesian. Heheh
