27 June 2010

Berlari bersama awan~

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~


Tadi aku terbang.. Dalam beberapa saat sahaja aku sedar aku sudah di ketinggian 5000 kaki dari paras laut. Sekelip mata, aku dikelilingi awan gemawan!Sana sini kelihatan putih bersih! Ada awan lapisan yang di bawah kelihatan sembab mahu menangis. Aku tak tahu mengapa. Namun, aku tiada punya masa mahu menegur dan memujuk. Lalu aku hanya lihat saja. Angkasa sakti itu menakjubkan! Lalu aku terbayang angkasa sakti itu seperti ketulan-ketulan kapas gergasi dan aku tidur dan berguling-guling di atasnya. Sangat menyelesakan! Aku sangat teruja. Dari cermin tingkap itu, kelihatan seketul awan berlari-lari mengejar aku. Mereka cuba-cuba untuk mengorat aku yang serba hitam untuk bergandingan dengan mereka yang serba putih. Ada antara awan gemawan itu sungguh gatal. Mereka menarik perhatian ku dengan membuat bentuk seekor naga, anjing, ayam dan sebagainya semata-mata mahu mata aku melirik pada mereka. Oh awan! Kau sungguh sweet!  Kata aku yang mula tertawan dengan keindahan dan kebijakan mereka.

Tiba-tiba ada awan yang putih bersih dan kelihatan bercahaya datang. Dia menegur mataku dengan silauannya. Dan senyumnya yang begitu manis buat aku tersentak. Dia berkata,
"saudari, ini kehebatan sang Pencipta! Pujilah Dia!"
P/s: Aku nak cite pasal awan je. Dan nak kau tengok gambar awan yang berlari bersama aku.Wuwu