Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~
"Yang paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa (di antara kamu). Surah Al-Hujuraat."
Tenang dan lancar Pak Hamid mengulaskan sepotong ayat dari Surah Al-Hujurat itu. Dia bukanlah seorang pakcik yang sebarangan. Dia seorang pakcik yang cinta untuk belajar ilmu dunia dan akhirat. Bukan perkara main-main tu.
"bapak, kalau kita tak bertaqwa kan, tak mulia ke?" tanya Hadi yang berumur tiga tahun itu. Telus dan lurus sekali. Bijak membuat kesimpulan. Dia nampaknya sudah mulai mengerti apa itu taqwa. Biasalah, didikan yang diterima sejak dia di awal usia dua tahun banyak memberikannya kelebihan memahami dengan cepat ajaran agama langit ini. Halim, Hasinah dan Halimah juga begitu.
Pak Hamid tersenyum lalu mengangguk perlahan. "ingat lagi ke tawqa itu apa?" tanya Pak Hamid menguji si kecil Hadi itu. Itulah Si Bongsunya yang petah berkata-kata.
"Ingat. Taqwa itu takut kan bapak?"tanya Hadi kembali dengan suara penuh manja. Ditambah pula kepekatan lidahnya berbicara itu mengundang senang di hati semua yang mendengarnya.
Perbincangan dan tazkirah di subuh hari Khamis itu terus berjalan sehingga jam tujuh pagi. Anak-anak Pak Hamid yang sulung sekali ialah Halimah. Dia baru berumur tujuh tahun. Namun, dia nampak lebih matang dari umurnya yang sebenar. Matang, seiringan pengalaman hidupnya menempuh kesusahan yang tak henti menguji. Pada setiap pagi, dia akan membantu ibunya mencari daun-daun ubat di hutan belakang rumah untuk dibuat herba dan minyak panas. Dia tak bersekolah kerana Pak Hamid tak mampu membayar yuran yang dikira agak mahal bagi keluarga miskin seperti mereka. Apa-apa pun, ilmu kehidupan itu sudah memadai buat bekal perjalanan akhirat dia. Seperti juga hari-hari yang lain, Mak Midah akan berdua sama Halimah sahaja ke hutan. Manakala Pak Hamid, akan ke bandar bersama Hadi untuk mencari kedai menjual ubat-ubatan tradisional yang dihasilkan sendiri. Tinggallah Hasinah yang berumur lima tahun bersama Halim yang berumur empat tahun di rumah memberi makan itik-itik dan membersihkan halaman rumah. Matang sungguh mereka ini.
*************************** *^^* *****************************
Mak Midah yang sibuk menebas semak-semak itu kelihatan begitu penat. Peluh-peluh keluar dari kepala, mengalir terus ke pipi dan menitis ke tanah tempatnya bediri. Dia lalu duduk sebentar di sebatang bongkah kayu sambil tangan kanannya mencapai botol air dan tangan kirinya mengelap peluh dengan hujung kain sarung usang yang buruk yang di kakinya. Air yang ditangan diteguk perlahan selepas kalimah basmalah diucap..
"Ahh... Alhamdulillah.." bergerisik bunyi syukur itu membelah angin sepoi dan mengejutkan tupai-tupai yang seronok bermain di atas pokok sena tua di belakangnya.
"mak, seronok nya dapat minum air.." tegur Halimah tersenyum manis.
"biasalah tu.. Nikmat sungguh ni. Tekak ni rasa macam oasis bila minum air.."
"Mak.. Tadi masa subuh, Limah tengok bapak lain macam aja mak. Bapak khusyuk sangat berzikir hari ni. Dahla tetamu yang dia cakap itu tak nampak pun batang hidungnya" luah Halimah hairan..
"Entahlah Limah.. Mak pun terkejut. Memang 'lain' benar bapak kamu hari ini"
to be continue...
P/s: ada cadangan tak nak sambung cheritera ni macamana selepas ini?