Kawan-kawan,
Aku tak pernah ada sahabat yang benar-benar setia.
Yang sentiasa ada walau aku perlu atau tak perlukan dia.
Sebab aku tahu kesetiaan itu bukan sifat manusia.
Walau macam-macam cara setia itu dijaja,
Aku tetap yakin,
TAK akan ada yang benar-benar setia.
Tak akan!
Tapi kawan-kawan,
Aku baru tahu sejak kebelakangan ini,
Ada sesuatu yang sentiasa ada..
Walau tak mahu aku akan dia, pasti dia kan datang jua.
Sebab dialah antara yang paling setia.
Di antara semua sahabat dan musuh yang jarang-jarang ada,
Dialah yang susah nak meninggalkan hamba..
Tahu tak siapakah dia?
Dia lah ujian yang Allah aturkan untuk manusia..
Sentiasa dia ada..
Bukan?
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankabut: 2 & 3)
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui
orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji
perihal kamu.” (Muhammad: 31)
Oh.. Kenapa dia (ujian) sangat setia?
Sebab Dia mahu kita juga setia..
Setia mencari dan mengharapkan keredhaan Dia..
Anugerahkanlah aku kesetiaan bersamaMu Ya Allah..
Ya Arhamarraahimiin..
Dan sejak akhir-akhir ini jugalah dia memang yang paling banyak hadir..
Hadir untuk membantu aku memeluk CiNtA Dia.

P/s: Aku pun setia juga...
