Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~
Mengejar CiNtA itu sesuatu yang dikatakan lumrah. Insan berkasih sayang, berCiNtAn-cintun pun berlambak ada.
Alhamdulillah.. Selesai menyelesaikan amanah menjadi seorang fasy di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang Selangor pada 7 dan 8 Mei 2010 yang lalu kerana CiNtA dan kasih sayang. (skema la pulak.huu~).
Setelah selesaikan kerja di pejabat pada pukul 5.45pm, saya bergegas pulang ke Hostel Banaat untuk bersiap. Macam lipas kudung je rasa. Pakaian pun tak kemaskan lagi. Semuanya baru nak siapkan! Dan terus bertolak dengan motor ego bersama seorang teman. (Kami rempit gitu. Hoho..) Waktu tu dah jam 6.30pm kot. Program bermula jam 5.00pm. Isk. Isk. Sampai di stesen komuter, terpaksa menunggu Ainon Jariyah yang baru bertolak dari Shah Alam. Memang benar penantian itu satu penyeksaan. Aku menanti si dia sampai pukul 8 lebih. Kemudian berjalan kaki ke sekolah tersebut. Penat menanti~
Sampai-sampai je terus makan. Kemudian sesi ta'aruf dan pembahagian kumpulan. Gamat betul keadaan masa ni. Budak-budak berebut pilih fasy sebab Bro tu cakap, "ok, sape nak fasy ni?" Sambil menunjuk kepada seorang fasy. Apalagi, budak-budak ni gamatlah menyebut nama fasy kesukaan masing-masing. Dan sangat kesian pada yang baru hadir sebab adik-adik ni tak kenal lagi. Nasib baik saya ada juga yang mahu. Ngehngeh. Padahal baru hadir jugak. Tak sangka;)~Haha. Mula perasantan dah.
Adik-adik ni sangat-sangat bising. Asyik kena marah je ngan guru diorang. Ganas betul cikgu Aisyah tu. Siap ugut untuk buang beg dan pakaian jika beg dan pakaian kelihatan tidak kemas. Sampai fasy-fasy pun takut nak gantung baju dan tudung dalam surau sekolah tu. Haha. Apa-apa pun dia sangat baik sebenarnya. Suka dengar Cikgu Praktikal muda itu bercakap dan memberi arahan. Wee~ Semasa LDK satu, saya rasa sangat penat. Mengantuk lebih-lebih lagilah. Tapi, kerana CiNtA pada agen agama dan bangsa itu, saya kuatkan juga. Cuba untuk memberi yang terbaik agar adik-adik ni faham peranan sebagai seorang negarawan, agamawan, pelajawan dan lain-lain lagi. Bukan mudah sebenarnya walau pun adik-adik ni nampak macam tersangat faham. Kalau faham pun, tak tahu sejauh mana ia meresap dan berakar-umbi ke dalam diri mereka.
Waktu Qiamullail pula, sangat ramai yang tersengguk-sengguk. Namun, saya suka dengan bacaan Al-Quran dari Ajib lau tak salah nama dia. Best~ Sangat saya hayati (Sebab suka orang suara best!) Hehe.. Waktu subuh saya sedikit kalah bila tersengguk sewaktu berdiri di rakaat kedua. Wah, nasib baik tak tersembam.
Program sangat penat. Sepanjang hari boleh dikatakan sentiasa berdiri. Awal pagi, saya terpaksa bergabung bersama Semm untuk slot yang tiba-tiba diwujudkan. Slot praktikal solat ( awalnya aku dimaklumkan ni program motivasi). Lalu kelam-kabutlah kami mencari pengisian. Huhu.. Rukun solat yang tiga belas tu pula kami tertukar antara niat dan berdiri tegak. Kami katakan niat dahulu sebeelum berdiri tegak! Macam belum lulus menjadi orang Islam sejati je. Wuwu.. Semm, jom belajar fardhu ain bersama! Lepas slot itu, ada explorace yang tak macam explorace pun. Just jalan je adik-adik ni mencari fasy. Di setiap check point akan ada soalan berkaitan solat, iman dan rukun-rukun Islam. Ni pun berdiri lagi! Namun, saya terpaksa pulang awal untuk ke Setiawangsa menghadiri majlis Khatam Quran salah seorang pelajar(Syireen) di sini. Bertolak ke KL Sentral jam 1.30pm dan sampai dalam pukul 3.30pm lebih. Dan amat malangnya saya hampir ditinggalkan kerana Ustaz dan Ustazah lain dah selesai menjamu. Apalagi, terus saya terkam ke dapur dan makan dengan cepatnya dan terus pulang kembali ke Kajang. Huh. Dan dalam komuter dan LRT itu ada beberapa kali saya tertidur sambil berdiri! Kalaulah bukan kerana agen agama & bangsa yang berharga ini, nescaya saya lebih memilih untuk duduk dan lepak di bilik tidur lalu tidur.
P/s: Entah kenapa aku bercerita sejibik-jibik ni///lol