19 May 2010

Committee Catering Berjasa~

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. 
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. 
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. 
Ameen~

Alhamdulillah.. TQK 2010 dah selesai juga akhirnya setelah penat berkampung di Kampung Baharu Chalet, Ayer Tawar, Perak. Seronok juga jadi committee geng gedegang di dapur kat sana atau nama
gelaran kami dari Kak Akmar: Committee Catering Berjasa!:)

Seronok dapat kenal dua orang opah. Mereka sangat 'cumel'. Bak kata orang, makin tua makin 
ummph. Hehe. Opah Kak Asma' comel dengan gelagatnya yang sangat pemalu dan suka bercerita, dan gemar buatkan kami air. Kalau tak minum, dia marah... Hohoho.
Tapi, sedih juga sebab dia tak dapat mendengar suara kami. Hanya suaranya sahajalah yang didengari.
Opah yang ke dua, ibu kepada pemilik chalet tersebut. Suka jugak bercerita dan melayan kami dengan sangat mesra. Walaupun dah berumur 73 tahun (baya tokwan) masih kuat tenaganya. Macam tokwan saya juga. 
Dia nak basuh periuk nasi yang kami gunakan la, nak tolong buatkan air la, bakar sampah dan macam-macam lagi. Walaupun dah kali ke dua saya ke sana, ni lah baru dapat jumpa dengan kedua-dua opah yang baik hati ni. Jodoh kalau tak ke mana, adalah juga kata orang..

Berbalik pada tugas sebagai CCB tadi, tugas ini bukanlah mudah. Tapi berat. Memandangkan kami bertujuh ni tak pernah memasak untuk ramai orang, kami main campak je apa-apa bahan yang ada. Hehe. Janji 
ada rasa. Awalnya kami hanya berenam. Esoknya baru kak Rahimah datang membantu. Hari pertama kami dibantu oleh ibu kak Asma'(sebab menumpang rumah beliau sebelum check-in ke chalet pada petangnya).
Penat juga kerja masak ni. Bangun pagi dah kena bersiap untuk sarapan pagi. Lepas dah hidangkan sarapan pagi, terus masak makanan tengahari dan lepas tu terus masak untuk makan malam. Memang tak berhenti dari pagi sampai malam. Hingga hari terakhir, kami begitu. Rasa nak pengsan! Tapi tak dapat nak pengsan sebab kerja banyak. Huhu. Tapi, penat terubat juga la sebab ramai yang memuji masakan kami. Hehe. (Kembang idung aku)Yang empat orang geng gedegang ini dari Kelantan (saya, Kak Katty, Kak Bad & Kak Rahimah), dua orang dari Selangor tapi belajar di Kelantan (dua beradik Maryam dan Mardhiah) dan sorang dari Kedah (kak Milah). Gegang gegoklah lah dapur tersebut dengan suara dan loghat-loghat Kelate yang kadang-kadang pekat juga. Hehe. Kedah pun cakap loghat Kelate juga. Zon dapur tersebut terpisah antara negeri Perak dan negeri Kelantan. Hehe..

Sedih juga tak dapat nak sertai aktiviti dewan. Banyak topik-topik dan aktiviti menarik yang saya terlepas.
Apa-apa pun, niat saya pergi untuk belajar dan dididik jiwa raga Allah maqbulkan jua. Saya tetap belajar walaupun di dapur. Siapa tahu ilmu apa yang saya dapat itu sangat bernilai. Tapi, biarlah ia tersimpan dalam sanubariku je. Dah tersangat lama tak berprogram bersama. Teringat kali pertama ke sana pada tahun lepas. Waktu tu TQ PJ gabungan Nilai. Sangat menggamit memori tentang segalanya di sana. Sangat rindu pada dia dan mereka. Memori yang tak mudah untuk terlupakan. Tak sangat susah untuk menciptakan kenangan di sana. Sangat suka pemandangan matahari terbenam. 

Teringat semasa perjalanan pergi dan pulang dari Perak. Waktu bertolak ke sana, pakcik bas pasang air-cond kuat jiddan! Sampai saya menggigil-gigil. Nak mati rasanya. Zihan kat sebelah pun kesejukan juga.
 Dahla dia tak bawa sweater. Memang bukan kepalang kesejukan itu. Tak pernah-pernah saya menggigil dalam belasan tahun ni. Masa pulang pula, takut sangat nak pejam mata. Keadaan cuaca yang sejuk dan hujan diiringi kilat yang sambar-menyambar buatkan saya rasa takut untuk tidur. Risau andai mata ini terpejam selamanya. Bergilir-gilir saya dan Maryam serta geng sebelah berzikir sebab takut. Masa tu kerdilnya rasa Allah je tahu. Tersangat pasrah dah pada waktu itu. Dengan pakcik memandu bas sampai terhuyung-hayang tu lagilah kami takut. Rasa nak mesej mak je dalam hati. Nak minta maaf dan juga mohon keampunan dari seluruh ahli keluarga. Takut! Tapi tak termesej juga sebab takut mak risau. Huhu. Redha jela apa nak jadi. Alhamdulillah masih saya bernyawa hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Semasa di rumah Kak Asma'

Kacau jangan tak kacau!

 Tangan Geng Gedegang yang memang tak cukup untuk stir masakan.

Dan yang ini, teman memasak yang paling setia.. Heheh. Berjuta aku dapat.

P/s: Teringat perbualan dengan Maryam semasa kami membasuh periuk gergasi, "walau ramai yang tahu semua perkara, tapi tak ramai yang faham semua benda.." Dan dalam yang ramai-ramai itu, sudah tentu termasuklah diri kita. :) Eh, lihatlah lalat di atas tu.. Itulah teman kami semasa memasak dan makan.. Maaf kalau ada yang termasuk ke dalam mulut gara-gara ternganga makan masakan kami yang sedap itu. Ehem,ehem..:P