23 April 2010

UbatiLah riNDu ku

♥♥♥Luvly schooL♥♥♥


Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~

Hati hiba mengenangkan kenangan terindah
Yang pernah terlakar di alam sekolah
Tempat barakah
Terlakar di lautan sejarah
Ilmuan dilahirkan
Pemikir dianugerahkan

Atas jasa guru-guru
Aku kini menjadi aku
Dewasa aku bersama nasihat guru
Tua aku bersama berkat guru
Hidup aku bersama ilmu dari guru

Ya Allah, ubatilah rindu ku
Sembuhkan sakit CiNtAku
Pada alam sekolah yang lalu
Pada kenangan yang tercipta
Pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan lama

Rindu ini sedang menggila
Saat aku tatap wajah guru terCiNtA
Sekolah terCiNtA

Pagar pintu masuk yang dulu.

Sekarang dah bertukar wajah.

Kawasan kelas tahap satu dulu.. Sekarang masih sama ke?

Bangunan-bangunan lama
Rindu itu kembali menggamit
Tak betah aku begini

Ya Allah.. Aku rindu
Sahabat aku mahu,
Andai waktu itu bisa diundur
Walau cuma sebulan, seminggu..
Asal terubat rindu di hatiku..

Aku sangat rindu..

Bangunan baru.. Sangat cantik..Sape ek snap?

Kawasan padang. Tempat aku main bola tampar. Huhu.

SubhanAllah.. Cantiknya Blok B. Kalau tak salah ini Blok B. Huhu

Tempat ucapan waktu thobur sekolah. Sebulan sekali je guna.. Hehe..

Bangunan baru.. Tak sempat rasa kelas. Rasa debu masa pembinaan je.

Kantin juga baru. Macam cafe Hs kat UIA je:)

MasyaAllah.. Kawasan asrama dan masji dekat dengan maktabah tudung saji. :)

Van skolah yang baru dibeli tahun 2009. Tak sempat aku nak naik :(

P/s: Sajak ini dah macam apa. Excited nak luahkan rasa rindu menyebabkan tulisan bercelaru. Aku dah tak peduli. Yang aku tahu sekarang aku sedang merindu! Rindu! Rindu! Nak menangis tengok guru-guru dan sekolah. Ya Allah.. Ubatilah rinduku.. Sakit rindu..:'(