26 April 2010

saya pengkritik

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~

Alhamdulillah.. Dua hari bercuti yang lalu saya pulang ke pangkuan keluarga (kakak). Seronok betul spent time together. Sebenarnya rindu pada Humaira. Huhu. Masa hari sabtu, saya tiba-tiba rasa mahu tengok movie. Kak La pun suruhla saya pasang cerita Duhai Pari-Pari (lakonan Que Haidar, Nabilah, Remy Ishak dan Liyana apa entah). Bila saya teliti tajuk, Im expecting there is something new from this movie. Tapi, saya rasa kecewa gila. Huh. Pada awal lima minit saya dah mula rasa bosan. Kalau tak nak tengok, macam awal pula nak stopkan DVD Player tuh. So, saya tunggulah kejap. Sangat tak tahan. Lebih kurang lima belas minit je saya bertahan. Sangat bosan saya kira. Jadi, saya mengambil keputusan bertukar cerita. Bukan nak merendahkan filem Melayu namun, filem Melayu yang seumpama merendahkan kualiti sendiri. Aduh.

Nak dijadikan cerita, saya terlihat sebuah DVD hindustan. My Name Is Khan. Lakonan Shah Rukh Khan (SRK). Memang pada awal terbitannya saya dah terdetik nak tengok sangat cerita tu. Tak sangka kakak saya ada beli. Ngeh2. Dan bila saya tengok, cerita tu saya rasa nak bagi empat bintang berbanding Duhai Pari-Pari (yang saya bagi dua bintang je). Cerita My Name Is Khan mengisahkan seorang pesakit Aspergers Syndrome. Boleh dapatkan maklumat dari SINI. SRK ni seorang yang berpenyakit tapi, dia bijak. Memang penghidap Asperger ni akan ada kebolehan tertentu. Cuma dia akan alah kepada cahaya, warna, bunyi dan dua tiga perkara lagi. Namun, cara dan gaya pemikiran kadang-kadang akan jadi lebih dari manusia biasa. (Betulkan kalau salah ok?)

Cerita ini berkisar pada kehidupan seorang Muslim yang berpenyakit dan taat pada perintah agama dan nasihat ibu.(Realitinya tak pasti). Dan kemudian bila ibunya meninggal, dia berhijrah ke Amerika dan berkahwin dengan seorang janda beranak satu, Madira (Kajol). Dan kehidupan mereka berubah apabila peristiwa 11 September berlaku. Sejak itu, Rizwan Khan dan keluarga menghadapi tamparan yang amat dahsyat sekali. Pemahaman Pengarah filem ini tentang Islam amat baik dari apa yang saya nampak. Sebabnya, dia tahu Islam tak melakukan sesuatu dengan kebencian dan peperangan. Tetapi, Islam mengajar umatnya melakukan sesuatu dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Walaupun pelakon-pelakon yang melakonkan layar ini adalah bukan Islam, tapi saya rasa motif atau apa yang nak disampaikan itu jelas. Islam is not a terrorist. Apabila anak Rizwan Khan dan Mandira dibunuh, Mandira mula membenci suaminya dan dia menghalau Rizwan keluar dan dia hanya boleh pulang selepas dia berjumpa dengan Perdana Menteri- Barrack Obama dan cakap "My name is Khan and Im not a terrorist." Bunyi macam pelik je rakyat biasa nak pergi jumpa seorang Perdana Menteri Amerika. Tapi, tak bermakna tak boleh menjadi kenyataan bukan? Apalah daya seorang pesakit Asperger yang sangat lurus bendul ini boleh buat melainkan mencari jalan untuk berjumpa dengan PM supaya boleh pulang ke pangkuan isteri terCiNtA. Apa yang berlaku selepas itu, harap tonton sendiri ye.

Malas dah nak cerita banyak-banyak yang pasti saya sokong quote Im not a terrorist!

P/s: Bila Malaysia nak produce cerita yang sebest Upin Ipin lagi?