20 April 2010

Apa aja

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~

Hari ini 20 April 2010. Hari kelahiran seorang temanku. Ainon Jariyah namanya. Seorang yang agak manis dan gelabah. Jadi bila digabungkan, MALABAH jadinya. Hehe. Jangan marah ye Cik Ainon! Dia akan ke Kemboja hari ini. Hadiah birthday ke? Maybe.. Huhu. Semoga selamatlah ye di sana. Oh ye, saya ada doa untuk awak. Setiap tahun kita akan sambut hari lahir kan? Jadi semoga hari lahir yang kita sambut itu juga sebenarnya hari kita sambut pertambahan kematangan dan ilmu. Keberkatan hidup yang makin bertambah, dan sebagainya. Ameen~ (pendek je)

Oh ya, lupa nak cerita. Beberapa hari lepas saya beli beberapa buah buku. Pertama sekali, Maqasid As-Syari'ah. Kedua, Kerajaan Islam Sepanyol-Serupakah Nasib Kita dan lastly buku Stephan King, The Dark Tower. Hohoh. Sonoknye beli buku. Dah lama tak menghabiskan duit di kedai buku. Rindu oh. Yang paling best, semua buku tersebut saya dapat harga yang sangat murah! Hanya RM45 je untuk tiga buah buku tersebut! Betapa bahagianya rasa hati ini, Alhamdulillah. Rezeki minAllah. :)

Kerajaan Islam Sepanyol

Maqasid As-Syari'ah

Ini cover The Dark Tower yang lain. Saje saya ambik sebagai penghias. Ngeh ngeh. 
Tapi tajuk dah sama cover je lain. Wolves of The Calla.

Tapi, kadang-kadang tak punya banyak masa untuk menghabiskan baca buku ni semua. Sekarang masih lagi dalam pembacaan Dilema Melayu Islam tulisan Pahrol Muhamad Juoi. Bila nak habis ni?!! Wuwu.. Tak sabar nak baca buku lain pula. Bila dah ketagih nak beli buku, lama-lama akan ketagih nak baca banyak-banyak buku. Wah, sampai meleleh lak rasanye. Hikshiks. Apa-apa pun saya mahu ada library sendiri satu hari nanti. Hati berbunga tengok almari penuh buku. MySpaceHaha. Puashati.

P/s: Ketagih buku dah kembali! Wargh...! Buku, buku, buku.. Mana buku lagi?MySpace