Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Hari ini saya terkenangkan sahabat-sahabat lama. Dan yang sampai sekarang masih lagi menjadi sahabat. Saat angin menghembus di udara, saya terasa sejuknya hingga ku ulu jantung. Suara-suara sang sahabat terngiang-ngiang. Terlayar di sana-sini lukisan sebuah kerinduan dan kenang-kenangan yang amat menggamit sebuah ingatan dan sayang berpanjangan. Suara angin itu kini nyaring. Kencang. Bagaikan menggambarkan sebuah kerinduan yang tak tertahan-tahan lagi. Saya hanya terdiam. Terpaku di pacak rindu. Diam menahan sendu.
Sahabat yang tak pernah ku lupakan.
Nur Raihan Rosli. Insan yang selalu ada dan melayari setiap bingkisan ku di ruangan Aku Hamba ini. Selalu menjengah ke ruangan mesejku, ruangan minda dan juga menjejak hingga ke hati dan membuatkan aku rindu. Dia memang selalu. Selalu aku rindu. Aku mahu kisah kita itu diputarkan lagi. Saat aku dibaling ke daerah sunyi, kau dan aku sama-sama berkongsi sepi. Saat kita menelaah pelajaran akaun bersama, saat kita berkongsi cerita si dia, saat kau melayanku bercerita dan buat gila-gila dan segalanya yang telah tinggal sejarah itu kini ku rindu. Ah.. Sekarang pastinya kamu sibuk mengulangkaji. Aku doakan yang terbaik buatmu sahabat! Semoga Allah memberikanmu apa yang kau perlu!:)
Nur Farhana Mohamad.. Kau tahu? Aku rindu kamu ni. Rindu sangat! Mahu menatap wajahmu.:) Melihat gambar di ruangan muka bukumu tak mencukupi. Tak sama dengan rupamu yang sebenar. Gambar itu membuatkan aku tak dapat menyelami hati dan perasaan mu sahabat. Wah, kangan benar ni! AKu masih ingat, kau selalu ketawa. Tak tahu hujung pangkal cerita pun kau suka ketawa. Hehe.. Gelihati aku ni. Tapi tak apa.. Sebab ketawa kaulah buatkan aku sedang merindu..^^,
Rindu pada sahabat-sahabat lain. Hanya menunggu masa untuk bersuara.
P/s: Entah kenapa aku selalu mengingati kamu berdua semenjak dua menjak ni. Huhu.. *_*