29 April 2010

Rasa nak menjerit~

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~

Tak pernah jiwa terfikir keadaan dunia suatu ketika dahulu.. Tapi saat itu, ia terlalu teruja untuk ke sana.. Bila sahaja roh ditiupkan ke jasad, dan jasad menghembus nafas dunia, jiwa terasa untuk kembali pada Dia.. Allahu Rabbi~

Saat jasad merasa jauh dengan dia, jiwa masih lagi berasa ceria.. Sebabnya, dia aqrab gila dengan Dia. Jiwa tahu, dia akan pergi bila-bila masa pada waktu yang Dia mahu. Dan kadang-kadang, jasad sangat cemburu dengan jiwa. Sebab, bila jasad penat dengan urusan dunia, jiwa akan hanya berkata,
"kembalilah pada Dia.. Macam aku.."

Dan jiwa tak merasai penat sebagaimana jasad.

Namun, jasad berkata,
"aku datang dari tanah wahai jiwa.. Aku pasti akan tenang jika kembali ke tempat asalku sebagaimana kau tenang kembali ke tempat asalmu (di sisinya Dia). Jadi, perlukah kau menyuruhku kembali pada Dia? Hidupnya aku hanya kerana adanya engkau wahai jiwa. Bila engkau kembali pada Dia, aku hanyalah bangkai tak bernyawa..

Cut >>>>>>>>>>

p/s: Huhu.. Sungguh geram sama UIA Nilai ni. Dah dua kali aku datang tanpa dapat selesaikan apa-apa urusan pengambilan transkrip. Waaaaa.. Nak balik! Nak balik macam jiwa dan jasad. Aku menjerit jugak kang dalam library ni baru tahu. Huh!