Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Ya Allah..
Aku merindui kekasihMu
Kekasih yang Agung di sisi Mu Ya Allah
Duhai angin!
Sampaikanlah salamku pada baginda.
Saat kau tiba ke tempat beradu baginda,
kucupilah wajahnya untukku.
Peluklah baginda untukku.
Kemudian kau kembalilah,
dan kucuplah dahiku.
Bawalah kehangatan baginda
untuk aku rasai..
Ya Rasulullah..
Rindu aku mahu menatapmu..
Angin, sampaikanlah salamku ke tanah haram itu.
Sampaikanlah walau sekejap.
Tak tertahan rinduku ini.
Menyebut-nyebut nama baginda
membuat aku menikmati kesakitan rindu
pada seorang manusia agong.
Allah..
Allah..
Nikmat sakit ini..
Allah...
Allah..
Rindu sakit ini..
Allah..
Allah..
Allah..
Ubatilah rindu ku ini!
Maaf! Saya suka letak gambar yang tak berkaitan! Best of Luck to all of my friends!
P/s: Ya Allah.. Sampaikanlah salam ku buat kekasihmu!
