17 April 2010

Jauhkanlah aku..

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~

Ya Allah.. Dalam dua minggu ni ada sorang mamat Indon ni asyik kacau aku je. Kejut tahajjudla, miss call miss call aku la, mesej-mesej la dan yang terbaru, minta untuk menCiNtAi aku. Seriously aku benci! Benci untuk dipandangi untuk yang haram memandang, benci untuk aku disayangi bagi yang tak halal menyayangi dan lebih-lebih lagi diCiNtAi pada insan yang aku kira tak berhaq menCiNtAi aku! Tengah-tengah pagi buta hantar mesej macam itu. Oh, jauhkanlah hatinya dari difitnah dengan sepotong namaku Ya Allah.. Dan jauhkanlah aku membawa fitnah pada hati seorang lelaki Ya Allah.. Nauzubillah.. Allahu Allah. Aku tak pernah kenal dia dan dia tak pernah mengenali aku. Sekadar dapat nama dan nombor aku di akhbar semasa promosi program sahaja. Layakkah untuk dia meminta CiNtA pada seorang perempuan yang Allah ciptakan sebagai hamba yang hina-dina ni? Mintalah CiNtA itu pada Allah, bukan aku! Minta pada Dia pemberi CiNtA, bukan pada aku insan yang juga menerima CiNtA dari Dia.

Aku bukan meminta untuk dijauhkan jodoh, tapi meminta agar terhindar dari dipandangi dan memandang yang haram bagiku, memakan yang haram bagiku, didengari dan mendengar yang haram bagiku, disayangi/diCiNtAi dan menyayangi/menCiNtAi yang haram bagiku dan paling penting, dimiliki dan memiliki yang haram bagiku.. Aku tak mahu. Takut! Ya Allah jauhkanlah Ya Allah..

Sebabnya, hati ini untuk insan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz sebagai pendamping rasmi diri ini. Yang rusuknya ku pinjami. Yang hadirnya ku nanti. Bukan dia yang mengisytiharkan dirinya untuk menCiNtAi begini. BUKAN. Bukan begini. Lalu mesej itu ku biarkan sepi tanpa jawapan. Biarkan Dia. Ya Allah Kau bantulah insan itu mencari peminjam rusuknya. Permudahkanlah urusannya Ya Allah.. Ameen Ya Rabbal A'lamin.. Rabbi yassir wala tua'ssir..

P/s: Kalau aku tahu peminjam rusukmu siapa, pasti aku langsung kasi ke kamu dong!Huhu..