17 March 2010

tentang RiNDu

Pernahkah anda bosan merindu? Saya rasa mesti ada yang cakap rindu itu menikam qalbu. Rindu itu haru. Rindu itu buat kita beku dan kelu. Cuma kalau bosan belum lagi ku temu. Huhu. Actually, ngah merindu ni. Rindu nak ke satu tempat yang dah hampir dua tahun aku bermastautin di situ. Kangen banget! Tapi itulah, aku mengikut arus dan aliran kehidupan yang sentiasa mengalir. Bila dah begitu, kita tak akan menjadi si batu sang penunggu tetapi, akan jadi si air yang terus mengalir laju! Dalam aliran air itu ada bermacam-macam jenis sampah, benih, makanan, racun, penawar, binatang dan segala macam makhluklah yang melaluinya.. Begitulah kehidupan aku di situ-di Nilai yang terCiNtA. Bermula aku di tahun pertama, aku kenal seseorang yang aku sayang amat padanya. Sebabnya..., aku pun tak mengerti kenapa. Belajar di tahun pertama sangat seronok. Urusan dan jadual harianku amat padat dan sibuk sekali. Keluar dari bilik waktu pagi, balik ke bilik waktu malam. Penat dengan belajar dan juga tanggungjawab yang tergalas. Kadang-kadang lepak untuk online dengan insan itu sampai tiga atau empat pagi. Namun, study stil gempak walau selalu lepak. Hehe. Sebab tanggungjawablah yang menjadikan kita matang.

Bila di shortsem, hati diuji. Jauhnya insan itu, menyebabkan aku dihampiri penyakit hati. Sungguh menyeksa nurani dan sanubari. Terperangkap sebentar di angan kosong dan kesedihan. Perubahan yang aku kira ketara bagi sahabat-sahabat sebilikku yang sudah pasti mnyedari keadaanku. Dengan masalah bilik yang aku sentiasa kena jadi orang tengah hinggalah ke masalah dalaman iri sendiri yang kadang-kadang tak terkawal. Allah memang uji aku. Kemudian, masuklah aku ke tahun dua. Hati masih lagi berpanjangan diuji. Bertambah-tambah penyakit hati. Tapi itulah yang mendewasakan aku kini. Hingga aku begini. :). Aku jumpa adik-adik dan sahabat-sahabat yang aku sayang dan menjadi tunjang kepada mereka. Rindu teman-teman sebilik yang akan menjadi teman buatku mengusir lelah bilamana aku pulang ke bilik. Buat Arifah, Nadya, Ira, Nazirah, Ummu, Fatihah, Aisyah, Gie dan tak ku lupa, Afiqah. Ketahuilah yang kalian aku rindu.. Adik-adik yang aku selalu tumpang menopang hidup, Zihan, Wanda, Syeera, Rara, Nica, Aini, Masitah, Deeba, Wan, Afiqah Olive,Kinah, Amirah dan lain-lain lagi, kalian jangan lupa, kalian lah topang akak..:) Jangan berhenti menopang akak ye!

Sekarang ini, rindu ini tak pernah mahu berhenti. Mahu menggamit setiap detik memori. Pada dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia dan dia! Aku mohon Allah izinkan aku tinggal dalam kenangan dengan kalian walaupun sebentar cuma di alam akhirat nanti supaya aku tahu, yang aku betul-betul menCiNtAi kalian kerana Dia! Makbulkanlah ya Allah..

p/s: sahabat baru, jangan biar aku rindu kamu sampai begini juga ye!