Huish! Inilah dia penangan kerja yang mesti kita buat betol-betol! Memang aku pulunla kerja kat sini. Sibuk sangat dengan program sekolah. (Kadang-kadang sampai langsung tak ada kerja :P) Apa-apapun, memang sangat-sangat kena menjaga niat. Selalu kena perbaharui niat. Teringat pesanan seorang kakak semasa aku mula-mula kerja di ADH ni.
"Adeq, kerja ni bukan senang. Tapi, buatlah kerana Dia. Sebabnya, adeq akan berbakti pada orang yang hafaz Quran. Yang mana pahala mereka akan sampai pada adeq juga. Mereka ni InsyaAllah punya keberkatan yang tinggi dan saat mereka menyebarkan ilmu mereka, adeq akan turut mendapat nama(di Lauh Mahfuz)"
Begitulah nasihatnya kurang lebih untuk aku.
Wah, terpaksa pulang dari pejabat lebih awal sebab malam ini terpaksa penuhi jemputan JAKIM ke rancangan adik-adikku. Moga Dia permudahkan! Bantu aku membawa anak kecil yang kurang upaya untuk mengharungi arus orang ramai nanti! Ya Allah.. Bisamillah.. GTG!!
Wassalam!
P/s: Jangan lupa nantikan rancangan adik-adikku peringkat akhir di TV1 ye!;)