08 March 2010

mungkin ini apa yang aku perlu

Bismillahirrahmaanirrahim..Asyik diri mencari-cari, mana arah tuju selepas hari demi hari yang dilalui. Kadang sibuk tak terlupakan tentang diri dan hati. Jiwa dan nurani.. Oh.. Kerja kini mengganti kesibukan di dalam hari. Harus bertahan hanya untuk empat bulan ini!
Luahan hati seorang insan. Wuuwuu..

Alhamdulillah.
Setelah menganggur selama seminggu lebih bersama rutin harian : mendekati TV dan dapur, kini aku bekerja mencari rezeki. Penat berpusing menjadi guru ganti. Kini bekerja di pejabat sebuah sekolah pada waktu pagi dan petang. Kadang-kadang akan turun mengajar di sebelah petang. Penat sebenarnya kerja ni. Huhu. Terbayang-bayang ayah yang sibuk bekerja mencari rezeki kat rumah nun jauh di sana. Wah, really miss u dad!
Awalnya, tak nak terima kerja ni. Yelah, lau ikut gaji takla mahal sangat. Kena kerja lebih masa pula tu. Mau aku lari. Tapi, selepas wat istikharah walaupun untuk hanya satu malam, Dia bagi aku ketenangan hati untuk terima kerja ni. Dan keesokan hari selepasaku istikharah, terus orang pejabat call aku untuk jemput datang kerja. Memang hati aku tenang walaupun masa interview tak puas hati sebab gaji yang ditawarkan tak banyak. Well, orang muda. Bila nak kerja, mestilah sebab fikir pasal gaji dulu. Samalah dengan aku ni. Bila difikirkan semula, mungkin ni apa yang aku perlu. Walau pun betapa banyak yang aku mahu, Allah mahu aku dapat apa yang perlu sahaja. Subhanallah.. Hebat Dia mengatur perjalanan hidup aku kat sini. Nasib baik ada sahabat aku nasihat, "aDiL, kalau kita cukupkan keperluan agama dan orang lain, nescaya Allah akan cukupkan keperluan kita.." Terharu aku baca. Dan sungguh aku yakin dan percaya bahawa Dia akan cukupkan keperluan aku. YAKIN boleh!! Hehe..

Dan dari sini aku belajar untuk terus bergantung pada Allah, bukan manusia. Mahasuci Allah yang tak meletakkan rezeki aku pada tangan manusia. Jadi kawan-kawan, nak cari kerja jangan gopoh. Ada rezeki kita di mana-mana yang Allah sediakan.

p/s: Curi masa kerja jap untuk posting di blog! Pergi dulu>,<