Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
~Ameen~
Mata ini bagai layu dan kuyu. Tangan dah tak berdaya diangkat. Kelopak mata dah memberat. Ini bukan sakit mahu mati tapi sakit mahu tidur. Mungkin bolehlah dikatakan mati sementara. Kot. Aku pening mahu hadap komputer hari-hari. Berilah aku kesabaran ya Allah.. Oh, sedih bila mengenangkan sebuah perpisahan yang bakal berlaku lagi. Pada dia dan dia yang akan pergi, ku doakan kalian berbahagia. Sungguh aku sedih pemergian kalian tapi, takkan aku benarkan diri ini patahkan sayap kalian. Terbanglah duhai rama-rama hatiku. Terbanglah. Terbanglah mengejar cita-cita kalian. Sungguh aku bahagia dapat kenal kalian. Walaupun untuk hanya satu bulan! Hati ku bergembira untuk kalian yang akan jadi penyambung generasi berilmu. Dan aku pun akan kembali ke gedung ilmu ku dalam tiga bulan lagi. Sekejap masa perkenalan kita, tak akan pernah ku lupa walau sesaat kerlipan mata. Pergilah. Tapi aku mohon, jangan pernah lupakan aku di sini. Jangan lupa doakan aku di sini. Aku yang bakal keseorangan setelah kalian pergi. Aku yang bakal menangis sendiri tanpa kalian menemani. Aku yang pada malam hari mencari-cari lauk untuk makan nasi sendiri. Yang almari sebelahnya akan tinggal sepi. Yang makan mangga dikupas sendiri. Tomato cilik yang kena aku ambil sendiri nanti. Menjaga si kecil itu tanpa ada yang suka memerhati. Kalian akan pergi.. Pergilah dan bawalah hati kalian dari sini. Jangan tinggal untuk aku tangisi.
Itulah ratapan sekeping hati. Rasa dalam kecil hati sendiri. Namun temanku, aku bahagia kalian berbahagia. Jangan lupa kongsikan aku kisah hidup kalian di blog yang aku hadiahi. Hihi. Sabarlah menempuh harimu di sana. Jangan suka marah-marah ye! Nanti kesian ada yang kena dera sama kamu. Aku tak mahu nanti nama kamu yang terpampang menjadi kaki buli di tempatmu. Hehe. Walaupun begitu, teringin aku lihat gambar kamu jadi insan cemerlang di dada akhbar dan asghar. hehe. Aku akan cuba juga jadi yang terbaik agar kalian tahu aku bukan pandai cakap je. Huhu. Aku mahu doa kalian. Pada kamu yang akan ke Mesir, bumi yang tak pernah-pernahnya aku berhenti merindu, aku mohon jalanilah ia seadanya. Bawa hatiku juga bersamamu sebentar biar aku mimpi sesaat aku pergi menjelajahi giza, melawat Alexandaria, belajar bersama sang Arab yang ganas dan aku diangkat ke atas meja belajar seperti kamu dan segala-galanya. Makan rotiarab bersama susu santan. Makan kebab arab bersama kamu. Aku mahu! Walau ia hanya sebuah impi yang aku ingin jadikan realiti! Sampai sini sana luahan hati ini. Mohon undur diri. Undur diri.
p/s: Jangan lupa bawa hati aku bersama ye!