Sejak kebelakangan ini, saya sentiasa diapit rasa penat. Penat buat kerja yang terkejar-kejar dan dikejar oleh masa. Minggu ni sahaja terpaksa bersedia untuk dua program sekaligus. Terpaksa menghilangkan diri dari program sendiri di Sg. Cincin dan terpaksa muncul di Putrajaya untuk program sekolah. Apa boleh buat, program sendiri lambat dapat makluman. Jadi, pilih yang mana lebih aula dan patut diutamakan mengikut keadaan saya. Segalanya Dia dah aturkan pun untuk hambaNya yang amat terbatas pemikiran dan pengetahuan mereka. Penat! Tapi itulah. Penat itu umpama sepuluh sen sahaja harganya. Memang perlu diambil kira tapi, jangan terlalu! Penat itu tarbiah. Sakit itu tarbiah. Letih itu tarbiah. Senang itu tarbiah. Semuanya tarbiah. Jadi, biarkanlah penat yang berharga sepuluh sen itu. Jadikanlah seluruh perbuatan atau apa-apa kerja sekalipun sebagai i'badah. Dan InsyaAllah segalanya akan ada manis di penghujungnya nanti. Takkan kau temukan hikmah dalam sungutan bahkan akan kau temui keperitan dan kesulitan dalam setiap pekerjaan. Nauzubillah. Lapangkan dada, ringankan minda, rehatkan aqal dan suburkan iman di jiwa. Lebih baik begitu..
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
p/s: Banyakkan istighfar supaya hati tak kusam dan masam!