Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Hari ini jemaah di Masjid Tuanku Mizan ini tak seramai jemaah minggu lepas. Masjid ni terkenal juga dengan nama masjid besi atau pun masjid putih. Makin surut nampak gayanya. Saya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja saat saya melihat ke arah jemaah yang bersandar pada tiang masjid. Sebabnya, mereka bukanya bersandar semata-mata tapi, lenggok dan terus lentok! Aduh.. 'Tak boleh dibuat laki', bisik hati kecilku ini. Namun saya rasa ini fenomena yang biasa berlaku di dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Apa yang saya tahu, para imam di negara-negara Arab sangat-sangat hebat dalam pidato mereka! Saya rasa para imam di Malaysia juga perlu belajar ilmu pidato dan cara komunikasi berkesan. Supaya nanti pemuda-pemuda yang datang untuk solat jumaat akan dapat menjadikan masjid sebagai satu tempat untuk mendapat kekuatan, terus menambah motivasi jemaah untuk beribadat pada Allah dan menjalani kehidupan mereka seharian dengan penuh semangat untuk mencari redha Allah semata-mata. Bayangkan, masjid pada hari jumaat sentiasa penuh dengan jemaah pemuda-pemuda Islam yang kita pasti jarang jumpa mereka pada hari-hari lain. Kalaulah kelebihan solat jumaat ini dijadikan pusat penyebaran Islam yang sebenar-benarnya, sudah pasti umat Islam kini akan mencapai zaman kegemilangan generasi Salahuddin Al-Ayyubi ke-II.
p/s: Entahla angan-angan ini akan jadi kenyataan tak kalau saya sendiri pun tak tahu nak buat apa!