Kakak : Waalaikummussalam. CiNtAilah apa yang ada di sekelilingmu.
Adik : Contohnya..
Kakak : CiNtAilah sahabat-sahabatmu, keluargamu, pohon-pohon, langit, bulan, bintang, matahari alam dan sebagainya. Semoga dengan keCiNtAan pada apa yang diciptakan ini menjadikan kita berfikir betapa hebatnya sang penciptanya.
Adik : (senyap)
Kakak : Bagaimana? Mengertikah?
Adik : Berkata-kata itu mudah namun, memahaminya agak payah.
Kakak : Memahaminya payah namun, gunalah aqal dan matahati. Aqal untuk mentafsir, matahati untuk memahami. Rasailah keberadaan Allah walau di mana sahaja kamu berada.
Adik : Thanks akak.
Serba sedikit butir-butir mesej yang masih ingat di kepala apabila ada seorang adik meminta untuk ditunjuki cara menCiNtAi Dia. Sebenarnya, salah satu cara untuk kita suburkan keCiNtAan pada Allah adalah dengan menCiNtAi apa yang ada disekeliling kita. InsyaAllah dengan cara ini, kita akan lebih menCiNtAi Allah. Bagaimana? Dengan mengaitkan setiap ciptaan ini dengan kehebatan dan kekuasaaan Allah. Dan jangan pernah berhenti bersyukur.
Lagi? Rasakan betapa rendah dan kerdilnya diri kita berhadapan dengan ciptaanNya yang begitu agung. Lihat bagaimana langit ini memayungi kita tanpa ada satu tiang pun, lihat pula bumi yang luas terhampar, tak bertepi. Bumi yang bulat dan lautan yang meluas, dan kapal yang belayar yang tak pernah terjatuh ke planet lain apabila sampai ke penghujung bulatannya. HebatNya kekuasaan Allah bagi sesiapa yang berfikir. Anehnya kita terasa hebat bila ada benda-benda terapung seperti batu terapung yang ada di Barat. Namun, kita rasa biasa berada di bumi yang besar dan juga terapung. Kita tak rasa hebat ke banyak lagi planet-planet di atas sana yang terapung? Kalau setakat batu kecil yang terapung di sesebuah negara dan tempat kita nak rasa bangga, kenapa tak kita bangga kita sekarang berada di kawasan luar objek bulat yang terapung(bumi) dan tak parnah pula kita jatuh? Banyak sangat tanda yang Maha Pencipta. Tapi, kerana CiNtA dunia, kita jadi buta melihat kehebatan dan kekuasaannya Dia. Jom bersama renungkan.
Lihatlah bumi yang terapung ini.. Kalau bukan Dia yang apungkan,
takkanlah kita?
Aurora kalimah Allah. Tak sia-sia CiNtA saya pada dia!
Batu yang didakwa terapung dan menjadi kebanggaan mereka.
Allahua'lam kerana keAgunganNya tak bertepi


