Semalam memang benar Allah berkehendak kan aku, sahabat aku Nurulain dan anak-anak murid ke Masjid Wilayah untuk pertandingan akhir Adik-adikku. Memang membawa si kecil Sofia itu dikira agak leceh. Tapi, ini bahagian aku untuk membantu dia. Dan juga bahagian dia untuk menerima bantuan kami. :) Semasa dalam perjalanan aku lihat matahari yang amat indah. Subhanallah.. Excited sangat masa naik kereta ke Masjid Wilayah tu. Tak dapat ditahan-tahan rasa gumbiranya. Nak ambil gambar pun, kamera phone tak berapa cantik. Jadi, aku letak gambar matahari yang cantik ni je lah sebagai ganti.
Sesampainya di masjid, terus mencari tandas dan tempat solat untuk bersolat dan mengurus diri. Penat you! There is a lot of thing that I need to think bout. Menjaga anak orang bukan senang. Tapi, ini bahagian dia! Aku mencari hikmah di sebalik semua ini. Dan aku terus menjadikan apa yang aku lakukan ini sebagai sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan! Kan begini lebih baik dari bersedih hati dan menanam benci dan rasa yang tak syok di dalam hati. Si kecil itu Allah yang hantar. Bukan dia pinta untuk datang. Aku pun tak pinta. Tapi sebab Dia yang aturkan semuanya! Untuk aku mengambil iktibar dan bersyukur atas apa yang aku ada. Si kecil itu tak bersalah. Kesian dia, tak dapat berjalan dengan sendiri. Mesti dipimpin dan dipegang orang. Aku terfikir, macamanalah kalau aku di tempat dia. Ya Allah.. Kalau dulu si kecil Jefri yang akan menghiasi laman blog ku, kini si kecil Sofia ini pula akan menjadi salah seorang penghias laman ini. Sebenarnya, aku risau juga takut-takut juga layanan aku tak seikhlas dan sebaik layanan ibunya(memang pun). Tak selembut dan seclass lima bintang layanan suci seorang ibu. Tapi, aku cuba. Dengan sedikit kudrat yang ada. Aku masih cuba walau aku tahu ada banyak cela.
Kau tahu, walaupun kadang-kadang manusia susah untuk merasa gembira dengan apa yang menimpa diri mereka, tapi aku mahu menjadikan apa yang aku lakukan itu sebagai sebuah kegembiraan. Jadi,taklah aku merasa sia-sia hidup aku. Kan bagus begitu. Gembira. Tapi didiklah biar ia dari hati.
Huhu.. Sekarang pun tengah seronok nak menaip. Hehe. Gembira. Semangat tak Ain? (Ehe..tiba-tiba) ok? Dahlah. Rasa dah mengarut pula. Undur diri dulu. Wassalam.:)
P/s: Matahari dan si kecil tiada kaitan tapi ia adalah sebuah PERJALANAN. Perjalanan hidup
