05 February 2010

pengubat riNdu!

Alhamdulillah.. Ucapan yang seharusnya sentiasa keluar dari mulut seorang hamba yang sedar haqiqat diri dijadikan. Sedar kenapa dia diciptakan. Alhamdulillah ya Allah.. Sudah lama hamba merantau tanpa laptop kesayangan yang menemani. Sudah terlalu lama! Ingin menangis bila terkenangkan teman kesayangan saya yang itu! Kalau dulu, setiap malam dia pasti penat melayan saya online, mengedit-edit gambar dan membuat video. Bila pulang ke kelas, dialah yang akan saya salami terlebih dahulu (ganti mak sekejap). Dan bawa bersiar-siar ke kawasan mahallah dan pustaka. Sonok! Namun, Allah memberi dia sakit kerana Dia tahu saya leka!Oh. Alhamdulillah. Saya belajar bagaimana menahan diri dari terlalu berdamping dengannya. Saya belajar bagaimana membahagikan masa  dengan sebaiknya dan paling penting, saya mulakan kembali rutin harian saya pada tahun pertama dulu-selalu ke pustaka.^^,

Semalam sempat saya buka laptop itu buat melepas rindu. Sambil-sambil saya letak gambar dua kuntum bunga kesayangan, sempat juga saya tukar 'desktop picture' laptop tersebut dengan gambar bunga cantik tu! Saya pula yang tertawan dengan keindahan gambar yang saya ambil tu. Hehe.. Sekali-sekala puji diri apa salahnya..>,<.. Hati saya berbunga dapat melepaskan sekandang rindu di paparan teman kesayangan itu. Huhu.. Tak sabar nak kerja untuk baiki skrin lCd nya yang rosak. Memohon semoga Allah permudahkan. Ameen..

Skrin laptop yang sempat ditukar. Rindunyer!!!

Sweeto!

Seni tersembunyi

Abadikan pemberian indah ini..>,<

p/s: Tetiba terasa bakat snap picture makin menyerlah! Huhu~~~