02 February 2010

mutiara mantan!:(

Bismillah.. Semoga dengan menyebut namaNya,kalimah ini akan menjadi saksi bahwa saya tak lupa untuk menyebut namaNya. Alhamdulillah semalam (31 Januari 2010) berakhirlah sudah tanggungjawab sebagai seorang amirah. Namun, sedih! Ia bertukar menjadi tanggungjawab sebagai mantan. Huhu. Hanya mantan yang tahu dan faham perasaan mantan. Hehe. Semoga saf kepemimpinan yang baru ini lagi baik, hebat dan terus gah! Gembira juga kerana ada pengganti. Tak lah ia terkubur begitu sahaja. Tahniah buat semua. Di sini ada beberapa mesej dari sahabat-sahabat saf kepemimpinan 2009/2010 yang ingin saya nukilkan agar ia sentiasa jadi tatapan saya dan semua. Agar ingat dan tidak lupa.

"Salam sahabat sekalian. Dari seorang sahabat; hari ini kita akn meletak jawatan, mewariskan tanggungjawab pada adik-adik. Tapi satu pinta saya, jangan kita biarkan ukhwah kita terpisah. Mungkin ada yang rasa tercicir, tapi saya yakin kita boleh perbaiki. Andai di mahsyar kelak manusia tak kenal semua, maka insan-insan ini saya pinta pada Allah untuk kekal diingati sedang manusia lain saya lupa.Dan andai diberi pilihan nyawa dan anda semua, saya rela mati dari melupakan anda semua. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan bertambah erat setiap hari tak kira apa. Amiin. Hari ini pandang ke hadapan dan jangan toleh belakang! Salah silap saya, maafkan.."
- Dari amir kami, Syed Putra. Pagi sebelum muktamar bermula.

"Terima kasih semua kerana telah memberi memori yang cukup indah untuk dikenang. Berkerja bersama anda semua adalah satu pengalaman yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Walau sepahit manapun ujian itu, kita telah tempuhi bersama-sama.. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan selama ini. Tanpa sokongankamu semua, tiadalah saya dalam perjuangan ini. Minta ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara dan segalanyalah.. Maaf sangat-sangat.. Sungguh, saya amat menyayangi anda semua dan persahabatan ini..- Ukhwah fillah abadan abada..HIDUP BIAR BERJASA:)
- Dari Naib Amirah II kami, Farhana. Beberapa jam selepas muktamar.

"Salam, just nak wish, good luck final exam dan asif jiddan. Lagi-lagi ketika berkerja."
- Itulah dari SUA kami, Ika. Memang la..

"Adakah benar bibit perkenalan itu hanyalah di dalam tempoh gugurnya daun ke tanah, sekembalinya si ibu pada sarangnya di kala petang, keringnya warna-warna cat pada dinding.. Rakan-rakan, kamulah pohon kpeda akar, kamulah awan pembawa hujan, kamulah berus pada lukisan.. Bangkitlah wahai pejuang Islam. Ku berterima kasih pada Syed, Azwan, Azree, Aiman, Juman, Daud, Fad, Sumaiyah, Tika, Azimah, Farhana, Afiqah, Ainon.. Jasamu tidak dapat ku nilaikan. Ku harap hubungan yang terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayatku. Teratai mekar di tasik yang beralun, gahnya semalu dekelilingi rumput, pelangi menyinar sebalik gurun.. Terima kasih kepada kalian."
- Itulah Naib Amir I kami, pengantar mesej Azhar.

"Salam manis, salam sayang, salam ukhwah fillah. Saya kini bukan lagi ceti, bukan lagi pemegang saham, bukan lagi pembeban semua. Tapi, itu semua tak bermakna kalian semua bukan lagi sahabat saya! Saya amat berharap ikatan ini akan terikat buat selamanya. Shukran kathir kerana menemani dan memberikan galakan yang tak boleh digambarkan betapa bahagianya saya atas jasa-jasa kalian. Kerana kalianlah saya mampu ke muktamar. Saya minta maaf sangat dari hujung tudung hingga ke hujung selipar jepun di atas segala sikap dan sifat saya yang menyinggung perasaan kalian. Saya amat bersyukur di atas pertemuan ini. Ia menghadirkan banyak makna dalam hidup saya. Satu pesanan, jagalah HATI bagi menCUTEkan dan mengKACAkan PERIBADI! Jangan lupa infaQ ye! Hehe. Moga bertemu kita di Jannatul Firdaus!;)"
- Ini ceti yang tak pernah sunyi mintak gaji.. Hehe.. Ainon.


 Inilah kesemua mesej yang saya kumpul untuk ditulis dan menjadi tatapan saya terutamanya,dan buat sahabat-sahabat amnya. Teringat saat pembubaran berlaku. Rasa sangat berat hati. Tanggungjawab yang selama ini dirasakan masih belum sempurna tapi, dah kena tinggalkannya. Semoga adik-adik saya yang terCiNtA berjaya menyempurnakan tanggingjawab ini dengan jayanya dan mendapat redha Allah. Ku tinggalkan kalian dengan satu kata-kata yang meluas maknanya ;



"Jangan dibiarkan daun gugur, jangan digegarkan tiang arasy. Berakhirnya persahabatan ini bukan pada hilang atau perginya seseorang tapi, berakhirnya ia saat kita tak lagi saling mengenali. Pertemuan di sebuah birokrasi, tak mau ku akhiri di waktu sesingkat ini. Semoga kita semua terus thabat dan memperbaiki kelemahan sendiri sehingga Dia benarkan kita untuk berjuang bersama, berkali-kali lagi.. Tatah permata tiada berseri jika hilangnya teman yang apabila tiada, sukar dicari ganti. Lembutku susun jari-jemari, harap dimaafkan kekhilafan zahir nan tersembunyi.. Moga Dia berkati usaha-usaha kita selama ini dan dikira sebagai amal jariah.."
>>baru sedar, kalianlah penghias lukisan hidupku! Shukran semua..sayang yang tersembunyi..di hati..


p/s: Hanya masa dan waktu tentukan aku!