29 January 2010

buat sese0rang

Atas permintaan seseorang, saya macam kena paksa tulis sesuatu pasal dia di sini. Hehe. Macam je ye? Tapi, tak akan saya khabarkan siapa orang itu. Hanya saya, dia dan Dia sahaja yang tahu. >,<. Ni bukan kisah CiNtA se0rang Juliet pada Romeonya, bukan juga kisah Laila pada si Majnunnya dan bukan pula Jasmin pada Aladdinnya. Ini hanya kisah seorang hamba dan teman si hamba. Hamba yang mengasihi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri. Saya tak tahu mahu cakap pasal apa. Tapi, akan saya perahkan minda dan jiwa untuk menulis berkenaan dirinya. Buat dia, terima kasih kerana sudi untuk menjalinkan kasih bersaudara. Antara kita. Duhai teman yang ku sayangi. Kamu penyejuk mata hati. Peneman kala sepi. Akan ku curi hatimu dan kusayangi sepenuh hati. Moga-moga Allah tetapkan kita sebagai dua insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Itu saja.

Dia dan saya ditemukan dalam satu pertemuan yang masing-masing tak tahu sebenarnya yang Allah dah merancang sebuah perjalanan dan kisah persahabatan untuk kami. Kisah yang tak akan terlupakan yang kami sama-sama lalui dan hadapi. Walau pada awalnya nampak seperti tak masuk akal, tapi kelihatan seperti gila bila difikirkan semula. Haha.

Awak tahu, saya sayang awak. Tapi, tak selamanya sayang saya itu akan kekal bersama awak >,<. Hihi.. Harapnya tak begitu. Semoga selamanya ia bersemi. ok? Sebenarnya, kisah yang akan kita lalui masih panjang menanti di tiap titian perjalanan kita. Terlalu jauh lagi kita akan pergi. Benar, saat ini kita bertemu di suatu titik tetapi, titik itu nanti akan bersilang dan menjauh. Pada waktu itu, kita tak lagi seperti ini. Ia akan memanjang dan pergi. Pintaku padanya, semoga Allah tetap akan temukan kita kembali walau hanya di titik akhir sebuah titian perjalanan. Walaupun ia titik terakhir! Fahamkah? Kamu pun jangan lupa doakan juga tau? Sama-sama. Semoga kau masih lagi ingat dua perkara yang aku ingin kamu janjikan pada ku. Ingat tu sahabat! Semoga kamu tetap sematkan dalam hati, Dia itu sekarang ini menguji kita. Dan bila-bila pun dia akan tetap menguji kita. Dan yang paling pasti, setiap ujian Dia akan ada pertolongan di celah-celah kesempitan kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

p/s: Kalau masih sempat, akan ku tulis lagi tentang dia. Maaf, angin memanggil aku.