14 January 2010

maHu jaDi iNsaN yg terPILIH

Ada orang tanya pendapat saya. Benarkah orang yang ingin berubah akan lalui berbagai-bagai ujian dan dugaan? Maka saya jawab, mungkin. Tapi, kena ingat sahabat-sahabat Rasulullah lebih lagi diuji. Malah Rasulullah kekasih Allah sendiri pun diuji. Ujian mereka bahkan lebih berat lagi. Tapi, ujian tu tak sedikit pun melemahkan mereka. Makin kuat lagi adalah. Terus saya terfikir, bukan mungkin jawapan yang patut saya berikan tapi, benar dan memang benar kita akan diuji. Sebab itu lah tarbiah dan didikan dari Allah. Dengan ujian dan dugaan itulah kita akan bertambah matang dan menjadi semakin kuat. Makin tabah. Makin tekad. Makin rasa dekat dengan Allah. Saya sendiri dihimpit ujian. Kehilangan ataupun kerosakan harta. Pertama, laptop rosak. Memang skrin macam apa dah. Banyak sangat dokumen penting dalam tu. Terpaksa saya simpan laptop tu dalam loker dan tunggu duit saya cukup untuk repair kemudian. Kedua, handset. Masa saya ke kem di Ulu Bendul empat lima hari yang lepas, handset saya tenggelam bersama-sama saya. Masa tu saya bergayut ngan tali untuk lepasi air. Saya tak tahu apa nama benda ni. Tapi, tak lepas. Dah rasa pun tak kan lepas sebab tangan tak kuat pun waktu tu. Tiba-tiba.. Jelepok! saya masuk dalam air. Haha. Tengah nak naik ke darat tu, saya teringat handset dalam poket. Aiseh, akhirnya mandi juga handset saya ni. Dah setahun lebih ni tak mandi. Kiki. Terus saya ambil dan campak ke darat. Dan yang ke tiga, printer. Bila dah laptop takleh guna, printer lagilah tak dapat nak diaktifkan. Terpaksa hantar balik. Wuwu. Assignment terpaksa dibawa merata-rata untuk disiapkan. Senyum jela!

Namun, kata-kata seorang kakak ni memberi saya peringatan.. Katanya,
"Fad.. Allah uji sebab Fad mampu tau. Jadilah insan yang benar-benar dipilih Allah. Tak semua orang terpilih untuk rasa semua ni.."

Teringat hadis dari Jibril yang menceritakan bagaimana Allah menjawab pertanyaan Jibril mengapa tidak diperkenankan doa orang yang meminta-minta padaNya. Lalu Allah menjawab, biarkan hamba Ku itu. Sesunguhnya Aku rindu untuk mendengar rintihan hamba-hambaKu. p/s: Kalau saya tersalah, betulkan ye. Ni pun ingat-ingat lupa. Harap pembaca budiman lagi berilmu tinggi sudi untuk tegur dan berkongsi ilmu.>,<

Jadi,ingatlah sentiasa.. Tak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah disebalik kejadian dan peristiwa yang telah ditakdirkan untuk kita. Jadi, saya redha dan rela. Dengan harapan Allah akan memberikan saya sebaik-baik ganjaran dunia akhirat.

"أنا في ظن عبد بي"
"Sesungguhnya Aku ini pada sangkaan hamba-hambaKu.."

 Jadi, apalagi? Bersangka baikla pada Allah dan jagalah agamaNya. Nescaya Dia akan menjagamu..

Allahua'lam. Teringat pembentangan usrah oleh ust. Khairul Azhar tadi. Walaupun tak berapa dengar, tapi itu dah bagus!><