11 January 2010

gILa!

Pernah tahu, saya beberapa kali pernah dikejar lelaki gila! Huhu.. Takut! Tak pernah sangka hidup saya ini ramai lelaki gila yang hadir.

Peristiwa Satu :
Ketika di pasar di Chabang Tiga dekat kawasan rumah. Saya ketika itu bersama kakak dan adik bongsu menunggu ayah dan emak dekat ATM Maybank. Tiba-tiba ada seorang lelaki gemuk berjubah hitam datang sambil menjerit " Hoi..!! Tunggu aku! Aku mahu kau! Aku nak kahwin dengan kau! Tunggu aku!"
Haha. Saya terus lari tinggalkan kakak dan adik saya. Menangis adik bongsu saya itu. Saya memang lari lintang-pukang keliling masjid selepas menyedari orang yang dimaksudkan lelaki itu adalah saya! Kakak dan adik saya terus saya tinggalkan>,<

Peristiwa Dua :
Pada waktu ini saya sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Biasalah, mahu melihat-lihat sekolah terCiNtA. Rasa tak seronok kalau cuti tak dapat melawat adik-adik junior yang ku sayangi. Masa tengah menunggu bas, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berambut kerinting sambil menaiki basikal menuju ke arah saya. Pada ketika itu saya hanya berseorangan sahaja. Dalam raga basikalnya terdapat potongan kain. Lalu dia bertanya,
"adik, tahukah kat mana ada kedai untuk menjahit baju?"
"kalau kedai, saya tak tahulah. Rumah yang buat perniagaan menjahit adalah"

Tetiba dia masuk bercerita pasal kejadian yang berlaku di rumah nya semalam. Dia cakap ada penagih yang menagih di surau berdekatan rumahnya pastu, apabila dia balik, kereta mak dia pula kena curi. Dia tanya, ada tak nampak kereta proton saga putih yang lalu? Hairan saya dengan soalan yang terlalu general itu. Saya pun jawab, banyak je kereta saga putih yang lalu-lalang kat sini. Huhu.. Tanpa saya sedar, dah hampir setengah jam dia bersoal-jawab dengan saya bertitik-tolak dari persoalan tentang kedai jahit. Saya pun mulalah meliarkan mata saya memerhati lelaki tadi. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat rambut lelaki itu penuh dengan telur kutu..>< Bila saya tengok kat tangan dia, saya lihat dia memakai jam tanpa jarum! Dan giginya penuh dengan plak dan taik gigi. Wowo.. Kecut perut saya pagi tu. Dahla tak sarapan lagi. Di jari dia penuh dengan besi key-chain yang saya sangkakan cincin. Haha. Kelakar tol! Nasib baik ada pakcik yang prihatin lalu menyelamatkan saya pada waktu itu.. HOHO

Peristiwa Tiga :
Pada waktu ini saya berjalan-jalan dengan beberapa orang kawan ke Mydin. Tiba-tiba ada kakak kedai bagitahu,
"adik, tahu tak tadi ada lelaki ikut adik dari belakang! Gaya dia macam penagih dadah!"
'Ayok.. Apalagi kali ini.' Detik hati saya. Sempat juga saya lihat kelibat lelaki tu. Dan sememangnya dia ni lagi dahsyat. Seminggu hidup saya terganggu sebab dia. Seminggu tu lah saya terserempak dengan dia setiap kali pulang dari sekolah. Takotttttt!! Dan memang tiga malam berturut-turut saya mimpi ada harimau asyik ikut saya. Huhu..

Susah sangat hidup sebagai remaja sekolah waktu tu. Banyak lagi peristiwa yang macam ini berlaku. Semuanya menakutkan. Apa-apa pun nasihat saya, JANGAN KELUAR SEORANG DIRI...