Ada seorang adik ni. Dia jatuh CiNtA. Dulu CiNtAnya pada insan lain. Kini bila dia cuba untuk lari, akhirnya CiNtA lain hadir. Bagaimana ni? Tanyanya pada saya. Termangu-mangu juga saya nak menjawab nih. Sebab jatuh CiNtA ini boleh berlaku di mana-mana, pada siapa-siapa jua. Bukan? Saya pun pernah jatuh CiNtA. Kerana apa? Kerana Dia kurniakan saya hati. Jadi, Alhamdulillah hati itu berfungsi. Namun, sejauh mana CiNtA pada manusia itu mampu memelihara kita? Bagi kita keselamatan? Tak melukakan kita? Menjaga kita dari disakiti? Masing-masing tahu akan jawapannya. Fikirlah sendiri. Jawapan yang tak akan kita terlepas bila kita menCiNtAi dan diCiNtAi ialah, terluka. Dua-dua pihak pasti akan rasa terluka. Pasti! Saya bersyukur Allah masih tuntun hati saya. Bimbing iman saya. Kawal perasaan saya. Teguhkan pendirian saya. Agar tak terjebak ke perangkap CiNtA manusia. Dia jauhkan saya dari perkara itu. Tapi, bukan mudah. Perit. Sakit. Janji yang ditabur terkubur. Kata-kata manis yang terucap, lesap. Hilang. Tiada lagi kasih. Sebelum kenal beria-ria nak kenal. Konon, tak kenal maka tak CiNtA. Bila dah kenal menyampah pula. (Hehe.. Ni kata-kata abg Lerk) Hilang janji manusia tu. Adakah kata-kata tu hanya sekadar mainan? Hilang pegangan. Terhapus kepercayaan. Saya seru. CiNtA itu, TINGGALKANLAH! Carilah CiNtA yang tertinggi. CiNtA pada Yang Maha Tinggi. CiNtA yang setia menanti. CiNtA yang selangkah kau mendekat, seribu langkah Dia mampir. Serulah CiNtA Dia. Ini bukan CiNtA berhantu. Bukan CiNtA bersiri. Tapi CiNtA hakiki.
Ayuh adikku! Jom mengembara mencari CiNtA! CiNta pada alam, pada air yang mengalir jernih, pada daun yang bersiul disapa angin, pada batu yang tetap setia berzikir, pada awan yang sentiasa memayungi, pada langit yang gagah menongkat bumi, pada bumi yang tabah menahan berat isi-isi dunia, pada setiap ciptaan dan pada Dia, Pencipta segalanya..
Aku seru CiNtA Dia bukan dia!
Jangan perasan ye dinding. Aku hanya bicara sama bumbung.