المسلم من سلم المسلم من لسانه ويده والناس أجمعين
Salah satu hadis yang masih lekat di otak yang dihafal pada zaman sekolah dahulu. Mungkin ada lompong di mana-mana. Tapi, inilah yang saya ingat. Pembaca budiman silalah betulkan kesalahan ini kalau ada. Intipati ayat ini sangat saya pegang teguh. Sangat saya ingat. Seorang muslim itu tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidahnya, tangannnya dan manusia keseluruhannya. Muslim itu menjaga lidahnya dan tangannya dari disakiti dan menyakiti. Ini apa yang saya fahamla. Kalau bercanggah, itu lumrah sebab kefahaman setiap manusia berbeza mengikut keadaan dan tempat. Aiwah? Mungkin ada orang akan cakap, kalau tak tahu tak payahla cakap. Ini bukan masalah tak tahu. Ini berkongsi. Bila berkongsi, awak akan dapat sesuatu yang tak pernah awak tahu dan saya akan pelajari sesuatu yang baru. Bukan? Tak seharusnya kita takut untuk berbuat kesalahan. Tapi tak bermaksud boleh buat sesuatu yang menyalahi agama dan undang-undang yang telah pun ditetapkan.
Begini, saya rasa saya telah terkena penangan disakiti dan menyakiti. Disakiti yang lebih kepada menikam jiwa dan menyakiti lebih kepada sebab ketensyenan menghadapi orang yang banyak tanya. Yang padanya hati rasa kurang selesa. Yang padanya rasa bersalah dan serba-salah. Huhu. Masing-masing punya kesalahan sebab sentiasa ada salah faham. Bila saya cakap nak pinjam, dia dengar saya nak bagi pinjam. Bila saya cakap tiada, dia ingat ada. Bila dia cakap jangan saya dengar silakan. Bila saya cakap tak apa dia dengar suka hati aja. Kesalahan yang kecil dan formal yang kadang-kadang buat sakit jiwa dan menjadikan kami kadang-kadang susah untuk bersama. Maaf kawan. Hati ini berkarat juga. Kalau cakap pasal disakiti, ini satu pihak sahaja. Saya rasa tak pernah saya sakiti hati dia. Tak pernah. Kenapa khianati saya? Kenapa buatkan saya rasa calar pada maruah saya? Teruknya dia. Jahatnya dia. Sebab dialah buat saya rasa jauh dengan sesuatu. Sebab dia dah buat saya rasa marah. Sebab dia dah buat saya titiskan airmata saya. Sebab dia dah bengkakkan hati saya. Dia hiris hati saya dengan pisau tumpul. Tak dapat lupa pengkhianatan dia. Tak dapat ingat kebaikan dia pada saya. Sepatutnya saya tak begini. Tolong saya kawan-kawan. Nasihatkan saya. Betulkan saya. Saya marah. Saya sakit hati. Terima kasih pada yang sudi mendengar luahan saya. Korang sahabat baik saya. Terima kasih. Terima kasih.
Ya Allah hadirkan padaku, padanya dan pada mereka hati yang sejahtera. Selamat dari menganiayai dan dianiayai. Aku tahan hati ini. Aku jauhkan dari membenci. Aku tahan lidah ini. Aku jauhkan dari menyakiti. Tahan dan suburkan hatiku ya Allah. Dengan CiNtA padaMu. Dengan CiNtA pada RasulMu.
Rasa marah tu sekejap. Tapi, bila teringat ia mengewap pula. Penangan hati yang jauh dari Allah ke ni? Nauzubillah. Jauhkan rasa jauh padaMu. Jauhkan. Jauhkanlah ya Allah.. Jauhkan! Kurniakan aku hati yang sejahtera. Dengan iman, dengan cahaya kemuliaan. Dengan jiwa kepemimpinan Islam. Dengan srikandi ummah, dengan jiwa pendakwah. Dengan kesuburan CiNtA pada jalanMu, dan keabadian sejati perhambaan diri kepadaMu kerana AKU seorang HAMBA.
p/s: bila taufan dan ribut berbicara, angin hilang, senyap dan segan untuk menyapa dunia.