Tetap tidak lari dari konsep memberi dan menerima.
What you give, you gain.
Masih sama dengan konsep "اليد العلي خير من اليد السفلى".
Kalau diikutkan, tanggungjawab lebih banyak untuk ditunaikan sebelum difikirkan mengenai haq. Tanggungjawab seorang ayah misalnya, menjaga dan memberi anak-anak makan minum, kasih sayang dan sebagainya. Dan ayah berhaq menerima penghargaan dan juga penghormatan dan kasih sayang seorang anak. Dan anak-anak secara tak langsung mesti menunaikan tanggungjawab mentaati ibubapa dengan sebaiknya kerana haq anak telah ditunaikan oleh ibubapa. Kalau dikira dari konsep pemimpin dan rakyat, penguasa dan orang bawahan, itu merupakan contoh yang besar yang tak dapat saya kupas dengan sewenang-wenangnya. DAn mesti diingat, tanggungjawab adalah sesuatu yang WAJIB untuk ditunaikan. Walaupun banyak, ia memang amat dituntut. Memang benar sekali tanggungjawab itu melebihi masa yang kita ada. Itu terpulanglah bagaimana kita mengurus diri kita.
Selain itu, kita perlu tunaikan juga kewajiban sebagai hamba Allah di dunia ini. Semoga dengan tertunainya tanggungjawab sebagai seorang hamba ALlah, maka makin bertambahlah keimanan kita pada-Nya. Hak pada al-Khaliq itu lebih patut diutamakan disamping menjaga haq-haq makhluk ciptaan ALlah sengan sebaiknya. Jadi, apa yang saya nak tekankan adalah, tunaikan tanggungjawab semula menuntut haq.
p/s: Jangan meminta-minta tapi memberi itu yang utama^^