23 January 2010

diseru Alam-guru kehidupan

Tak tahu tangan ini mahu menaip apa. Banyak cantik dia je nak menaip. Aku tiada daya mahu berfikir lagi. Terasa berada di satu padang yang indah terbentang.. Dan aku, tengah bicara sama pohonan kayu dan bebatu. Langit memerhatikanku. Lalu awan menutupi panas mentari dari menyapa kulit keringku. Rerumput tetap setia menantiku. Kambing-kambing bermain-main melompat bersama teman kambing yang lain. Alam ini tetap berbicara padaku. Kata mereka, kangan sama aku. Aku kurang mengerti duhai alam. Mengapa pada aku kanganmu? Tiadakah insan lain untuk kau rindui? Aku terdengar suara bayu yang berbisik gemersik mengalun memanggil sebuah nama.. Awalnya tak ku jelasi. Kian lama baru ku sedari. Itu namaku! Mereka menyeru aku! Mereka berkata, kami akan menjadi guru kau! Makin tak aku fahami. Buat apa jadi guru aku? Lalu aku terus patuh melalui hari-hariku bersama alam. Angin mengajarku erti sejuk. Awan mengajarku cara berlindung dari panas terik mentari. Hujan yang turun membasahi kulit keringku. Mentari memberiku tahu apa itu panas! Pohon hadiahkan aku kedamaian. Kambing-kambing mengajarku pelbagai bunyi. Batu-batuan ajari aku berzikir. Rerumput masih mengizinkan dirinya dipijak dan diinjak-injak aku. Ah, kenapa sampai begitu mereka berkorban? Fikir aku. Tapi, semakin lama aku rasa tak mahu seruan itu berlalu. Aku mahu mereka bersamaku. Alam itu! Jangan kau pergi dariku! Bicara sama aku. Mahu kamu guruku! Setialah bersamaku..

Alam ini GURU, GURUku adalah KEHIDUPAN. KEHIDUPAN itu ILMU. Dan ILMU itu CAHAYA. Aku mahu cahaya alam itu terus tersebar. Dalam alam jiwaku. CiNtA!

ps; Alam itu masih tunggu aku. Dan aku tetap mahu bersama alam aku!