04 January 2010

rAsa..

Kita ada lima deria. Ada yang kata enam. Sentuh. Lihat. Dengar. Rasa. Hidu. Tapi kadang-kadang saya pun nak cakap ada enam. Dan deria yang ke enam itu metafizik. Betul? Saya suka nak cakap yang metafizik sekarang ni. Sebab rasa saya sekarang di 'dalam'. Bukan di luar. Rasa saya sekarang ilusi dan fantasi, bukan realiti. Arora yang bergelora. Aura. Aroma. Semua itu di 'dalam'. Bukan di luar. Ilusi ni memang tak dapat nak dilakar keadaannya. Apatah lagi dilukis gambarannya. Apa yang saya rasa ye? Saya rasa kalau perasaan di 'dalam' ni mudah sahaja terbias zahirnya, mesti semua manusia dah macam orang gila lagaknya. Mana taknya. Perasaan itu luas. Lebih luas dari alam terbentang. Rasa itu dalam. Lebih dalam dari teras bumi. Dan setiap orang setiap saat dan detik, berlainan perasaannya. Macam saya. Tadi tensyen, kini sedih. Dan semalam gembira, paginya bagai gila. Tapi, saya masih waras. Bersyukur sangat. Ada aqal. Allah bagi saya aqal. Awak pun ada. Dia pun ada. Mereka pun ada. Kita semua ada. Binatang dan tumbuhan je tak ada. Tapi mereka tetap ada rasa. Kalau betul kita ada rasa yang di dalam, pasti akan tertaut hati kita pada tumbuhan dan binatang tu. Contoh ye. Jika kita tengok ada binatang yang kena sepak dan diketuk-ketuk dan dipukul-pukul dengan batang penyapu, kita ada rasa apa-apa tak? Kalau saya, saya rasa.. Saya rasa terfikir macam mana kalau dulu Allah tentukan takdir saya jadi binatang tu. Pasti yang kena ketuk tu bukan binatang tu sekarang, tapi saya. Cuba tengok pokok pula. Kalau kena tebang, kita akan rasa hilang redupnya. Hilang sejuknya, damainya. Macamana? Ada rasa? Hilang makhluk yang sentiasa doakan kita. Pupus. Tiada doa pada kita. Tiada selawat dan tasbih pada Allah. Rasulullah pun sayang tumbuhan. Ingat tak peristiwa pembukaan Kota Mekah? Tumbuhan antara makhluk yang Rasulullah pertahankan. CiNtA baginda tulus. Pada semua makhluk. Kita? Sampai kadang-kadang marah sehingga nak bunuh orang. Letih, penat sampai kadang-kadang nak bunuh diri. Rasa apa ni? Sekarang saya tak tahu kenapa dengan hati saya. Lambat hati bergerak. Risau pada sebuah perpisahan. Takut pada sebuah pertemuan. Rindu pada sebuah kenangan. Marah pada sebuah ketidakjujuran. Benci pada kekalahan, kegagalan.

Ya Allah..
Pertahankan CiNtA pada hatiku.
Cekalkan kerinduan padanya.
Teguhkan ketabahan jiwanya..
Agar hati ini sentiasa ada CiNtA..
Pada semua