28 January 2010

berfikirlah!!

Diari petang semalam amat penuh. Jadual belajar tak banyak namun, aktiviti kehidupan seharian penuh. Hidup sebagai seorang aktivis dan mahasiswa tak akan pernah kenal erti penat. Walau lelah pun, tetap perlu ditelan sehingga benar-benar dihadam perut. Walaubagaimanapun, saya bukanlah seorang aktivis yang aktif pun. Sekadar melawat-lawat usrah orang dan mengunjungi adik-adik hisbah sahaja di samping memastikan kesinambungan ukhwah terjaga antara kami. Tak layak untuk digelar aktivis. Tapi, saya tetap mahu!>,<. Sebagai manusia, kita tak akan pernah punya noktah. Terpampang tanda tanya di dahi menandakan keunikan dan kepelbagaian manusia yang subjektif yang sukar dirungkaikan menyebabkan kita sentiasa menjadi persoalan. Dalam persoalan itu kadang-kadang akan ada koma, tanda seru, titik bertindih dan sebagainya. Bukankah hidup ini perlu dikaji dan diselidiki? Teringat pula satu ayat dari Kalamullah yang bermaksud,

"adakah kamu tidak melihat unta bagaimana ia diciptakan? Dan kepada langit bagaimana ia diangkat?"

Bukan sahaja manusia yang penuh persoalan, tapi juga alam ciptaan Allah ini. Bagaimana Dia ciptakan bumi yang luas terbentang, langit yang berdiri tanpa tiang, lautan yang tiada pernah kekeringan, pohonan yang kehijauan dan sebagainya. Saya sangat CiNtAkan kehidupan ini. Alam ini. Subhanallah, masyaAllah. Sangat indah dan cantik. Memukau bagi insan yang betul-betul memikirkan hakikat penciptaan langit dan bumi.

Oh ya, berbalik pada cerita saya pada mula-mula tadi. Semalam saya turut serta usrah KPIJ yang dikendalikan oleh sahabat saya, Afiqah. Saya amat tertarik pada tayangan berkenaan pengguguran anak. Sangat dahsyat. Saya lihat betapa ramainya manusia yang sanggup merampas nyawa bayi(janin) yang tidak lagi sempat melihat dunia. Dahla senang-senang aje mereka sebabkan kewujudan anak itu tanpa ikatan yang sah, sudahnya tanpa rasa berdosa merampas kembali haq untuk janin-janin itu bernyawa. Saya terus teringat anak saudara saya yang comel itu. Tak mahu ke mereka melihat bayi-bayi comel itu diasah dan dididik dengan didikan agama yang sempurna? Tak relakah mereka anak-anak itu nantinya diterap semangat jihad mempertahankan agama dan negara? Kalau tak mahu anak itu wujud, jangan lakukan hubungan haram itu dari awal lagi! Sedih saya mengenangkan nasib anak-anak muda sekarang. Tambah-tambah bila memikirkan saya masih punya enam orang adik lagi yang tak melihat dunia luar secara "life". Takut mereka terjebak. Nauzubillah. Risau putera dan puteri harapan keluarga itu rosak.

Anak saudaraku yang terCiNtA. Moga Allah memeliharanya sentiasa.
Tak terbayang kalau dia yang terlontar di semak samun sana. Nauzubillah.

Sejauh mana kita sendiri menjaga ahli keluarga kita dari noda dan maksiat itu. Sebanyak mana nasihat buat adik-adik kita yang di rumah. Sekerap mana kita bertanya khabar berita mereka. Punya kekasih kah? Merokok kah? Merempit kah? Menjadi raja dan kepala di jalan raya atau menjadi makmum atau imam di surau? Serulah dan jagalah ahli keluargamu dari api neraka. Sama-sama menjaga, sama-sama jangan alpa dan leka. Kita sedang menghampiri Qiamat. Hari di mana Allah janjikan kebangkitan insan. Hari di mana berlakunya hitungan amal dan pembalasan. Saya cuma berharap mampu menjawab pertanyaan Mungkar dan Nakir serta layak bertemu Allah bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya yang terCiNtA sahaja. Cukuplah juga syafaat Rasulullah menjadi pemandu bertemuNya dan amalan-amalan kita(menjaga keluarga dan sebagainya) sebagai saksi yang membawa kita ke Jannatu Na'im.. Dan semoga Allah menjaga keturunan kita. Ameen~

p/s: Sebelum dijemput ahli neraka, jauhkanlah bersifat dengan sifat-sifat mereka. Allahua'lam