06 June 2016

Catatan perjalanan- Turki; Bumi Bertuah. (Part 2)

Aku masih ingat, setelah selesai seminar di hari akhir program, penganjur membawa semua peserta sekali lagi untuk merentasi laut Bosphorus. Sempat juga aku selinapkan Rizky untuk ikut serta walaupun penganjur memberitahu hanya peserta sahaja yang dibenarkan ikut pada kali ini. Memandangkan seorang kenalan aku dari Albania yang juga belajar di Turki membuat keputusan untuk pulang, aku nekad membawa Rizky bersamaku bagi menggantikan beliau. Oleh kerana teman Albania ku ini sudah berkahwin dan beranak satu, dia agak kurang meminati aktiviti-aktiviti sosial begini. Baginya, bersama anaknya yang MashaAllah so cute itu lebih baik dan membahagiakan. :) 

Mencelah antara perbincangan orang-orang tua. Jangan tiru okay?
       
Pemandangan di Selat Bosphorus sebelum kapal bergerak

Eceh, try romantik ala-ala Korea sikit tepi laut sejuk ni. Buu. Hehe

Kali ini perjalanan di Selat Bosphorus ini lebih lama dan sejuk! Angin pula tak teragak-agak untuk menghembus dengan lebih lembut- kuat betul angin dia. Beruntung aku ada teman baru yang sudi menemani. Sepanjang perjalanan kali ini, aku kurang bercampur dengan mereka yang begitu asyik bergelak ketawa dan rancak berbual. Aku lebih senang menikmati perjalanan bersama Rizky dan menyapa sahabat-sahabat di sebelah kami sahaja. Kerana bagiku, pemandangan dan suasana itu lebih mengasyikkan. Lebih kurang setengah jam di atas kapal, kami akhirnya tiba di Ve Boğaziçi İstanbul, benar-benar di sebelah tempat kapal kami berhenti untuk menjamu selera. Kami disajikan dengan alunan seruling Ney dan Tarian Sema atau dikenali juga sebagai tarian sufi ketika menjamu selera..

Keesokan paginya, aku menghantar Rizky pulang kerana dia menumpang berteduh di bilikku lantaran waktu pulang malam tadi, hari sudah lewat malam. Sempat juga aku melihat air matanya menitis di tepi jalan Concord Hotel. 

"Kita pasti jumpa lagi adik. Jangan sedih.." 
Bisikku :)

Setelah usai urusan check-out hotel, aku, abg Mat, Presiden MBM dan keluarga keluar meneroka tempat menarik di Istanbul ditemani oleh penterjemah kami, Hidayah yang merupakan pelajar di Turki. Aku kenali Hidayah melalui salah seorang adik-adik ku di UIA dulu yang kini menyambung master dalam bidang sejarah di Turki. Kami bertemu ketika hari pertama seminar OIC. Dialah yang menemani kami kerana Amirah (juniorku) tidak dapat ikut serta kerana ibunya juga ke Istanbul waktu itu. Maka, tidak banyak juga masa untuk kami bersama.


Destinasi kami yang pertama pada pagi yang cerah dan indah itu adalah Miniaturk. Miniaturk ini adalah tempat yang mengumpulkan replika banyak tempat-tempat bersejarah dan penting di Turki dan meletakkan replika bersejarah itu di suatu tempat yang diberi nama Miniaturk. Di setiap hentian (baca: checkpoint) akan disediakan satu audio dalam bahasa Inggeris, Turki dan Bahasa Arab menceritakan sejarah tempat yang dipamerkan. Yang menarik, setiap contoh replika itu dibuat dengan penuh seni dan hati-hati agar menyamai tempat yang sebenar. Walau sekecil-kecil rekaan, mereka tetap membuatnya dengan baik dan teliti. Kagum sungguh hatiku yang tak berapa nak teliti buat kerja ni. Hebat Allah menciptakan manusia yang bermacam-macam kelebihan dan kebolehan. Apa yang aku lihat, terlalu banyak sejarah dan pengajaran di setiap tempat. Terlalu sarat cerita yang aku juga tak sempat hadamkan semuanya. Aku sematkan lagi di dalam hati, "aku akan kembali lagi Turki!" InshaAllah kali seterusnya, bukan lagi replika yang aku lawati tapi yang sebenarnya! :)

Inilah gambar separuh daripada Miniaturk ni. Walaupun nama dia mini, boleh tahan juga besarnya tempat ini membuatkan aku sakit kaki beberapa hari. 

Bergambar di hadapan pintu keluar Miniaturk yang menghadap ke kawasan pameran.
Semangat membawa bendera MBM ke mana-mana. heehe

Setelah itu, kami bergerak ke Masjid Eyup Sultan, berwudhuk, solat sunat dan membeli belah baju-baju yang murah di kawasan sekitar untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. :)




Empat gambar di atas adalah kawasan di Eyup Sultan

Sewaktu mahu beredar dari sini, sudah kedengaran azan Zohor. Maka solat jamak dita'khirkan bagi memudahkan perjalanan. Setelah menjamu selera di kedai makan berhadapan kawasan lapang pintu masuk Eyup Sultan, kami meneruskan langkah ke Muzium Panorama yang banyak mencatatkan sejarah penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Dan di bahagian paling atas muzium, jika dilihat dari luar hanya kelihatan seperti sebuah kubah biasa. Siapa sangka.. Di dalamnya ada sesuatu yang hebat dan menakjubkan. :)
 Khusyuk berbincang dan menceritakan sejarah Sultan Muhammad al-Fatih menawan Kota Konstantinopel sambil memerhatikan ke arah peta yang ditunjukkan laluan perjalanan tentera al-Fateh.

 Secebis gambar ini tidak sampai sebahagian keajaiban di dalam kubah tersebut

 Kubah replika yang lebih kecil supaya boleh dilihat cara kubah sebenar yang ditayangkan

 Bunga Daisy indah di sekitar Muzium Panorama (Muzesi Panorama)

 Taman di hadapan Muzium sambil menanti ibubapa anak-anak ini selesai solat di Masjid berhampiran

Setelah selesai segalanya, kami bergerak ke Eminonu Meydan! Apa lagi yang ada di sini jika bukan tempat membeli-belah di Spice Bazaar yang terkenal itu? Boleh dapatkan pelbagai jenis spices, sweets dan macam-macam barangan Turki lagi di sini. Kalau datang tak berduit macam aku ni, mampu tengok jela hiasan dalaman untuk rumah ala-ala Turki ni. Cantik sangat tapi, tunggu aku ada rumah sendirilah dulu baru fikir untuk beli. As for now, I enjoy sightseeing. Tapi sebenarnya, masih mampu untuk dibeli dan tawarkan harga jika banyak senyum macam aku. Haha. Senang sahaja rupanya nak dapatkan diskaun. Cakap indirim (diskaun) dan Malaysia je dah cukup. Ehehe.. Kalau jumpa yang pandai berbahasa Inggeris, mulut manis, buat lawak sikit je dia dah sangkut kalau kau berani. :P
 Keindahan pemandangan senja di kawasan Eminonu Meydan

Dah bosan menunggu, aku bawa budak-budak comel dan bijak ni main kejar-kejar burung di Eminonu

"Ali and Aisyah, watch out! Banyak tahi burung." Pesan aku antara dengar atau tidak.

Oleh kerana kami kelaparan dan kepenatan, kami bertolak pulang ke penginapan lain iaitu hotel milik dua beradik yang merupakan pengusaha muda dari Malaysia, Az dan Azari. Esra Sultan Petrol Hotel ini salah satu hotel bajet dan menawarkan pemandangan berlatar belakangkan Masjid Biru yang indah dengan harga yang berpatutan! Dahla dekat dengan Hagia Sophia, Dulhane Park dan Masjid Biru. Berbaloilah duduk sana. Hehe. Please check them out kalau tuan puan berminat nak pergi kemudian nanti. Baru-baru ini, Fynn Jamal, Fara Fauzana, Diana Amir dan Heliza Helmy yang nak pergi Sepanyol untuk projek pembinaan masjid #ATileForSeville di Sepanyol transit di Istanbul dan mereka singgah di hotel inilah. Jadi, bolehlah singgah-singgah ye.

 Ni alamat dan perhubungan dia kalau nak pergi, ok?

 Di kawasan hotel setelah makan malam yang menyelerakan. Muka ceria betul sorang-sorang lepas makan dan dengar kisah cinta Presiden MBM dan isteri

 Sejuk betul. Kalau aku duduk sini, jalan hari-hari pun tak kisah sebab sejuk. 

Kira duit sebelum tidur.

Dan sebelum aku beradu dan menutup mata, sempatlah aku kira duit untuk tinggal lagi dua hari di Istanbul. Samada cukup makan, cukup-cukup ataupun tak cukup kita tunggu.. Hehe. Aku pun berdebar tengok duit ni. Apakata kita tidur dulu dengan berharap duit ini bertambah berkepok-kepok dalam kocek dan melimpah ruah ke tingkat bawah hotel? hehe