02 November 2015

Di sebalik rasa cinta dan kasih

Di sebalik rasa cinta dan kasih,

Terselit rindu ikhlas dari dalam dada
Rindu yang berhari-hari tidak bersapa
Dalam maya, fana dan di depan mata

Dari jauh hati mencari-cari di mana dia
Melihat-lihat dan mengintai ada apa padanya
Mecuri pandang apa yang sedang dibikinnya

Dalam sebalik rasa cinta dan kasih,

Tersemai rasa risau dan resah
Melihat statusnya yang cuba mengusir payah
Dan aku setiap harinya menjengah

Dia menyembunyikan sakit hatinya
Lalu hatiku juga turut terdera

Dia menyembunyikan berat jiwanya
Namun jiwaku terbeban bersama

Jangan kau gusar dan risau wahai kekasih,

Kerana di sebalik rasa cinta dan kasih
Aku punya doa dan segala rasa yang tak menyisih
Ku panjatkan untukmu agar tiada datang padamu rasa sedih

Aku rindu,
Pada lebatnya keningmu
Pada teduh redup matamu
Pada tenang manisnya senyummu