18 May 2011

Meredah Broga Hills di subuh hari~

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Alhamdulillah, pada pagi 1 Mei 2011 yang  lalu, saya sempat bersama rakan-rakan Hal Ehwal Siswi (HEWI) untuk ekspedisi mendaki bukit Broga. Kami bertolak lebih kurang pukul 4.30 pagi dari tadika ABIM Serdang dan sampai lebih kurang 6 pagi. Kerana senaman yang dilakukan sangat ringkas, maka saya mengalami sedikit kekejangan dan lenguh di kaki. Apa-apa pun, pengalaman ini sangat seronok! Dapat juga kenal-kenal sahabat baru dari UKM. :) 
Kredit pada Kak Tiqah Tikun.

Rasa macam artis pun ada, bila solat Subuh banyak kamera 'snap' gambar kami solat.:P

Seyes, its nice..!!

Hehe.. Kebetulannya Fa berdiri. Mungkin lebih cantik kalau awak duduk en. Fa. :P

Nice sangat

Model: Kak Syafa HL
Eheh, sori kak.. :P

Ketika ini aku di perhentian menanti kalian yang turun dengan ayunya.. :D

Turun baik-baik!

Lagi-lagi langit indah~ Subhanallah!

 Langit tak pernah jatuh~
Hebatnya Sang Pencipta alam ini!

Turun laju-laju sikit!

Ok time ni panjat Broga semasa Kem SAKTI V anjuran Grup Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) pada 8 Mei dalam masa seminggu selepas pendakian pertama. Yang ini pun keluar pagi jugak. Tapi, sedikit lewat tiba di kaki bukit sebab kami bertolak dari Dewan ABIM Taman Melati dan sempat tersesat lagi. Hehe.. Pemandangan yang menarik seperti pendakian pertama tidak kelihatan lagi.. Argh, kecewa..:( Tapi Alhamdulillah.. dapat panjat juga.. Ada cik Fiqa lagi tu. Ecece..


 Malam sebelum tidur dan bertolak ke Broga. Aku conteng-conteng kertas kosong. :)

Ni pulak aku conteng fail.. :P

 Selepas solat Subuh, ada tazkirah ringkas tapi bermakna dari abang Shazni.

 Dengar sedikit peringatan dari abang Shazni. Antaranya,
"kalau kita bagi Allah yang sisa-sisa je, Allah pun akan bagi kita yang sisa-sisa juga"
"nak masuk syurga nanti, Allah suruh tunggu dulu kat luar sebab nak tengok ada lagi tak tempat kosong untuk kita yang suka bagi Allah yang sisa-sisa je ni"  T_T

 Kak Dil, menangiskah?

 Mula mendaki lagi orang-orang ni~

 Aku dan cik Fiqa tak teruskan mendaki. Kami lepak-lepak di puncak pertama je.

 Sweeeet~

 Hantu Mak Limah. Haha

 Sampai di sini saja ye.. :D

 p/s: Sejak dua menjak ni, aku lebih suka diam dari banyak cakap. Lebih suka letak gambar dari tulis berjela-jela.