Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..
Alhamdulillah dah selesai program Smart Solat di Surau Jubli Perak.. Seronok dapat kacau budak-budak ni. eheh. Video kat bawah ni aku amik masa ngah explorace.. Huhe.. Kesian budak-budak ni, kena denda nyanyikan lagu aku yang entah tiba-tiba aje ada idea nak kenakan dorang ni..
Program ni seronok sangat aku rasa.. Menitis airmata tengok ibubapa nangis baca surat anak dorang yang ditulis semasa slot muhasabah diri "Anak Soleh". Haha. Dahsyat gile si Fiza (fasy) torture budak-budak ni. Menangis macam kena histeria semua. Kesian sangat aku tengok. Penekanan tatacara solat yang diselitkan dalam program ni sangat menarik. Dalam permainan dan modul pun ada keselarian dengan objektif program. So, okeyla pada pandangan aku yang malas nak cakap banyak nih.
Ni aku sajikan gambar-gambar mereka.. :)
Ibrahim, Wafiq budak comel dan sape ye nama dak ni?
Wafiq.. Geram nengok dia ni
Di check-point aku dan Syera
Ni adik-adik grup aku nih. Khusyuk tol.
Ha, bincang, bincang..
Hai Faizal Sakdin.. Gembira ea sakat budak-budak pompuan ni..
Sampai tertonggeng-tonggeng..
Peace!
Syeera, aku tagg ko.. Ahaks.:P
Kumpulan Ustaz Zamri (baju merah). Sebenarnya aku tak ingat nama dia.. Hanif ke eh?
Dayah je yang pandang.. haha
Ok, ok. Dah kacau dah..
Meniarap segala budak-bidak ni
Nice shoot.. Nila kumpulan aku.. Kumpulan kak Dinas.. Hehe:P
P/s: Bila imam mengucapkan lafaz 'bismillah', terus aku rasa jiwa bergoyang.. Bila kedengaran orang berselawat, terus gugur airmataku..(tanda program berakhir sudah..) :(