10 December 2010

Hidup Baru pada Setiap Hari

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Allahu Allah.. Setiap hari adalah hari baru dalam hidup. Sedar atau tidak, kita sentiasa ditolak untuk meninggalkan sejarah dan tertarik menghadapi saat-saat dan detik hidup yang baru.. Allah jualah Perancang mutlaq di alam jagat ini. Allahu akbar. Jadi, gunakan hari dengan perkara bermanfaat dan diredhai Allah.. Masa yang terbuang, tak dapat dibeli walau dengan seluruh harta yang ada di dunia ini..:) Hargailah hidup, kerana dengannya ada kunci kehidupan abadi yang bahagia..


P/s: Setiap detik adalah saat yang baru.. :)