Di bawah ini saya nukilkan serba sedikit kelebihan al-mathurat yang saya dapati. Selamat mencuba :)
Antara kelebihan al-mathurat
1. Al-Quran
2. Doa
3. Zikir
4. Pendinding diri
5. Sumber ketenangan
Seperti yang kita semua tahu, al-mathurat adalah gabungan ayat-ayat suci al-Quran, doa dan zikir. Al-mathurat mula diperkenalkan pada zaman as-Syahid Imam Hassan al-Banna dan diamalkan oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir. Susunan al-mathurat itu memang dari as-Syahid Imam Hassan al-Banna sendiri. Beliau merujuk dari himpunan zikir Imam Nawawi (Al Azkar). Al Ma'thurat ini adalah zikir-zikir yang diambil dari hadith yang sohih. Tidak ada keraguan sedikit pun untuk beramal dengannya.
Untuk merasai kenikmatan beramal dengan al-mathurat, perlu untuk kita memenuhi syarat-syarat berikut;
* Istiqamah (setiap hari)
* Ikhlas kerana Allah
* Membaca dengan tartil dan sebaik-baik bacaan (jangan gopoh-gapah)
* Memahami maksud setiap ayat
* Lunakkan suara (kerana padanya al-Quran dan doa)
Keberkatan beramal dengan mathurat ini banyak tak terhingga. Hati yang goyah mampu diteguhkan, dada yang berkocak, mampu ditenangkan, jiwa yang kacau pasti diberi petunjuk, pilihan yang tak pasti akan dipandu dan macam-macam lagi. Kalau mahu tahu, cubalah sendiri dan rasakannya! :)
Di bawah saya sertakan doa yang paling menusuk qalbu apabila benar-benar dihayati:
"Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut,
sentiasa basah mengingati dan menyebut nama-Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan perintah-Mu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati khusu', ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
selamatkanlah kami daripada segala bahaya dan malapetaka.
Kami memohon ya Allah,
kecukupan yang membuat kami tidak meminta-minta (selain daripada-Mu).
Berikanlah kami ya Allah,
iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut
atau mengharapkan kepada orang lain
selain daripada Engkau atau menyembah selain daripada Engkau.
Limpahkanlah rahmat-Mu ke atas kami,
keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun sekadar sekelip mata
atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu
wahai Tuhan yang paling mudah
dan cepat memperkenankan permintaan(perkenankanlah).
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami,
Nabi Muhammad s.a.w yang mulia, keluarga dan sahabat baginda keseluruhannya"
Allahumma ameen..
P/s: Allahu akbar!

