22 October 2010

dia dan doaku

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Segaris wajah bersih itu tersenyum. Mekar bibirnya dengan kuntum senyuman yang tulus. Tiada terkesan sebarang riak kepura-puraan di mata nan indah itu. Bibir merah itu juga basah dengan zikrullah. Bagaikan terlihat ombak-ombak kalimah alunan zikrullah dari bibirnya. Dia itu insan yang sangat ikhlas. Amal ibadatnya dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tak mengharap kecuali redha Allah. Pergaulan dia sesama saudara seislam dan bukan Islam terjaga, tak terpalit sedikitpun rasa marah orang padanya. Bila berhadapan dengan kaum yang berlainan jenis, dia tenang menghadapi mereka. Tak terlalu menjaga, dan tak terlalu terleka. Aku lihat dia, setenang sungai yang mengalir lembut. Sedamai pohonan yang berzikir lembut al-asma ul-husna. Malah cemara juga suka mendoakan dia. Insan itu, insan yang menjaga diri dari fitnah. Tak terfitnah dan tak memfitnah. Hatinya yang sarat getaran cinta pada Allah itu turut membawa bersama hati-hati insan yang memandangnya kepada Allah. Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah. Aku berdoa supaya sentiasa bertemu insan itu. Bersamanya, terasa menyisip haruman syurga. Memandangnya, terasa terpandang ciptaan Allah yang Maha Sempurna. Al-Quran yang selalu tersimpan dalam ingatan diulang-ulang. Memberi aku semangat untuk terus mengikut jejaknya. Kerana aku mahu sentiasa bertemu dia. Dia bukan seperti insan-insan lain yang selalu kutemui. Pakaiannya yang bersih bersinar dengan iman. Wajahnya yang berseri, terpancar sifat tawaddhuk. Gerak-gerinya yang teratur, menyilau pandangan mata syaitan..


Aku mohon dan berdoa dengan sungguhnya semoga, insan kamil itu, adalah aku, keluargaku, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalanku. Allahumma amien.. ^^


Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

Sumber doa: http://nurjeehan.wordpress.com/ 


P/s: doakan saya!