06 August 2010

Berubahlah!

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~

Alhamdulillah di atas limpah dan kurniaan Allah saya masih lagi dapat menghirup udara segar di Universiti ini. Syukur, dan syukur selalu. Sahabat-sahabat sekalian, konsisten adalah suatu perkara yang perlu untuk kita mendisiplinkan diri. Kalau seorang pelajar, dia mesti konsisten dengan pelajarannya. Sebagai seorang pekerja, dia mesti konsisten dengan kerjanya. Sebagai seorang mukmin, dia mestilah konsisten dengan amalan dan pegangannya. Dan sebagai seorang penulis, dia mestilah konsisten dengan penulisannya. Saya tak berapa jelas kenapa saya bercakap soal konsisten pada entri kali ini. Mungkin jua kerana pemikiran yang terlalu konsisten untuk menyiapkan assignment atau mungkin juga kerana layout blog saya ini bertukar lagi? Apa-apa pun ia membuatkan saya terfikir satu kata kunci. Orang yang konsisten itu tidak berubahkah?

Namun saya gembira andai sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian sudi untuk menjawab soalan saya yang satu ini.

Bercakap pasal berubah, saya tak begitu pasti jika ia adalah satu keperluan ataupun fitrah yang ditentukan ke atas naluri manusia yang sangat dhaif dan naif ini. Sungguhpun begitu, saya merasakan yang ia sebenarnya adalah fitrah yang mengalir bersama aliran nafas kita. Yang penting, berubahlah kerana Allah!

Bermula dengan semangat Ramadhan ini, ayuhlah kita sama-sama berubah. Berubah kerana Allah. Banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu, berkongsi ilmu dan sebagainya. Semoga Allah berikan kita kekuatan.. Kita kan, hamba yang lemah? :)


Dengan ramadhan ini juga, kita sudah setapak menghampiri gerbang syurga. Kata seorang alim ulamak, untuk mengetuk pintu syurga, banyak-banyakkanlah berpuasa^^,.. Semoga madrasah ramadhan ini menjadi medan tarbiyah kita untuk hampirkan diri kepada Allah. Lebih aqrab padaNya.. Ameen..

Bagi sahabat-sahabat juga, ingin saya kongsikan satu tazkirah,
"Pejuang yang hebat itu, bukanlah pada kehebatannya berkata-kata di medan debat, bukanlah jua mahir di pencak silat tapi, kehebatannya terletak pada pengaduannya di hadapan Rabbul Jalil di sepertiga malamnya.." Jomlah kita sama-sama menaiktarafkan diri kita untuk menjadi pejuang hebat yang tunduk di hadapan Tuhannya..

P/s: Insan yang baik itu, kata-katanya harus selalu baik dan selalu mengajak ke arah kebaikan.. Allahu'alam..^^