Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~
Terkumat-kamit mulut Pak Hamid berzikir di Subuh hari itu. Entah apa lah yang membuatkan dia begitu khusyuk sekali mengalun-alun irama Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa Ilaaha Illallahu Wallahu Akbar. Begitulah yang diulang-ulangnya sejak 15 minit yang lalu. Terasa bagai seluruh hidupnya terkurung pada kalimah itu. Terperuk jiwanya di situ. Anak-anaknya yang empat orang itu tersengguk-sengguk di belakang. Hadi dengan muka mengantuk, masih tetap jua mengangguk-ngangguk. Mengikut lenggok kepala Pak Hamid yang bagai kerasukan itu. Halim pula sudah sah-sah tidur bersama Hasinah. Tinggal Halimah yang bagaikan teruja melihat bapanya berzikir dengan sebegitu asyuk-masyuk sekali. Mak Midah pula sudah ke dapur. Sedang menyediakan barang makan pagi suaminya dan anak-anak. Sesekali dia menjengah ke ruang tamu yang kelihatan sedikit usang itu. 'Nok ghutuh doh dinding ghumoh aku ni dih', kata hatinya. Mak Midah ni berasal dari Kelantan.
Kedua-dua jarum jam sudah menunjukkan ke angka 6, menandakan sudah masuk jam 6.30 pagi. Tiba-tiba Pak Hamid berhenti dari zikirnya dan bersedia untuk berbicara kepada anak-anaknya. Cemara-cemara yang di luar berbunyi mendayu perlahan. Bau pering najis-najis itik dari luar sesekali menyerbu masuk tanpa izin.
Pak Hamid memulakan bicara,
"anak-anak bapak sekalian, subuh ini kita ada tetamu.. Tetamu yang tak diundang hadirnya.. Bapak pun terkejut menerima kehadirannya. Namun, bapak akui, kehadirannya tak dapat bapak tolak lagi. Dia ada bersama-sama kita pada hari ini. Di luar sana. Namun, bapak masih tak menjemputnya masuk sebab bapak nak bersama anak-anak bapak sementara ini." Terjengul-jengul kepala empat beradik mengintai-intai tetamu dari luar tu.
Mak Midah yang terdengar bunyi ucapan Pak Hamid yang terasa sedikit 'lain' berjengket keluar dari dapur rumah berasap hitam itu. 'Sapolah maghi dumoh aku pagi-pagi buto ni,' ngomel Mak Midah perlahan. Tetamu yang diceritakan itu sedikit-sebanyak mengganggu pagi mereka anak-beranak.
"anak-anak bapak, kita dalam hidup ini Allah dah tetapkan bermacam-macam ketentuan. Ada yang kaya-raya, yang hidup mewah dan yang miskin melarat macam kita ini pun tak kurang ramainya. Ada yang mati terkutuk, mati mulia dan macam-macam lagi. Kalau yang cerdik-pandai, mesti dah tahu ini semuanya ketetapan Allah yang mahu menguji keimanan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa."
"Yang paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa (di antara kamu). Surah Al-Hujuraat."
Tenang dan lancar Pak Hamid mengulaskan sepotong ayat dari Surah Al-Hujurat itu.
To be continue..
(nak cari idea..)
P/s: Ikuti sambungan Tetamu Subuh ini ye! Jangan tetamu itu datang lagi..:(