Semalam, entah kenapa. Laju sangat ingatan ini menular pada adik-adik yang dah lama tak jumpa. Juga pada kak Adib yang terlalu aku rindu. Padahal taklah terlalu lama. Sekitar dua bulan sahaja kot. Tapi, seperti dah bertahun lamanya tak menatap armada cinta hati aku ni. Terdetik di hati nak mesej adik-adik ni.
Akak : Wanda :(
Adik : Akak!nape?
Akak : Rindu..

Adik : Wat sayu je akak ni. Baru ingat kat akak, dah dapat mesej akak. Aura kuat!rindu aidhon..jiddan2!
Akak : :( Wanda..wuwu..Wanda.. Seyes rindu bedooh nih! waa.. Nak peluk Wanda..
Adik : Bantal peluk ea? hukhuk. Akak, datang tak PMGK? Jomla. Nak jumpa akak.:(
Akak : Yey! Bantal peluk yang sangat dirindui! Akak tak joinla sayang.. Akak balik Ahad ni. Dan Sabtu ni ada program. huhu
Adik : Balik mane? Program ape kak? Alarh, tak dapat jumpa:(
Akak : Balik kampungla.. Huhu.. Dik.. Akak tak tahu kenapa.Tapi akak rasa takut.. Takut sangat. Huhu. Doakan akak ye. Takut kita tak dapat jumpa lagi:(:(
Adik : Akak!!!ape akak ni?kang dah ternanges. InsyaAllah, mudah-mudahan semua selamat. Akak! Nak jumpa akak.. Tak mampu nak buat ape, moga dalam peliharaan Allah sentiasa. Ya Allah, aku rayu insan yang sangat ku sayangi ini, kau jaga dan peliharanya.. Moga dia tabah dan tetapkanlah jalannya.. Sungguh aku sayang dan rindu dia..
Airmata aku gugur pada bait-bait huruf mesej seorang adik ini.. Syahdu dan sayu.
Akak : Wanda buat akak nangis.. Ya Allah.. Rindu ini yang menghantar kita sejauh ini. Terima kasih atas tulus doamu deq.. Semoga dengan rindu dan airmata ini juga yang akan temukan kita nanti..
Menanti mesej dia lagi. Menerjah-nerjah ingatan pada setiap seorang adik-adikku. Terus ku mesej Zihan sementara menunggu mesin basuh yang lembap itu untuk keluarkan air bekas basuhan orang. (semalam tak dapat call) Selepas mengucap rindu dan berborak sedikit, aku lalu tertidur.. (Nasib baik sempat jemur kain)
Bangun pada pagi ini, mendapat mesej kerinduan lagi dari Masita dan doa dari Kak Adib! Ya Allah.. Kuatnya aura kerinduan mereka semua. Sungguh! Aku terharu.. Satukanlah hati-hati kami menuju jalan-Mu ya Allah.. Allhumma aamin..
P/s: Bolehkah ini dikira telepati?