Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~
Entah kenapa sejak dua menjak ini rasa malas nak menulis. [Kerana mahu habiskan masa dengan adik-adik mungkin] Entah apa pula yang mendorong aku menulis untuk entri kali ini. Biasa-biasa saja. Oh. Terkenang-kenang surat dari seorang anynomous zaman sekolah dulu. Haha. [Sebab nak hantar surat layang pada pengetua sini sebelum aku berhenti]
Masih aku ingat... Waktu itu masih pagi. Gelap lagi. Dalam 6.40 pagi aku naik bas sekolah sambil membawa dua plastik besar roti untuk dijual. Bila naik, kelihatannya tempat duduk di barisan hadapan sudah penuh. Lalu terpaksalah aku ke belakang sedikit. Ketika itu Nik Nur Madihah tengah baca buku kalau tak salah aku.. Atau pun tidur or mengelamun. [tiba-tiba promote dia. Ngeh2]
Jadi, duduklah aku sambil menikmati angin pagi yang nyaman dan bersih itu. Dalam 7.15 pagi aku tiba jua ke sekolah. Lalu aku teruskan rutin harian aku ke kelas-kelas sebelah menjual roti yang sudah ditempah semalamnya kepada si penempah. Masa tu aku berniaga dengan rasa bersalah. Sebab cikgu tak bagi berniaga di sekolah. [dahla aku pengawas@dhobitoh sekolah] Ramai juga yang cakap-cakap aku langgar peraturan. [Dalam hati aku sangat sedih.. Tapi aku peduli hapa] Aku perlu berbuat begitu untuk menambah duit buat beli buku sendiri. Buat ruang hidup selesa sedikit bersekolah di tengah bandar Kota Bharu itu. Waktu itu pelanggan tetap aku adalah Kak B. :)
Masa tu dapat RM5 je sehari. Buat tambang pergi balik, berapalah sangat untuk aku makan sampai ke petang.. [aku punya tabiat suka lepak di sekolah sampai pukul 5 atau 6 petang] Masa tu malas nak balik rumah. Sebab serabut ramai sangat budak-budak. [adik akula] Kalau aku ada di rumah, risau aku belasah mereka pula gara-gara berebut nak menonton Tv. Ditambah dengan kerja sekolah dan peperiksaan yang bakal menjelang, aku kira lebih baik di sekolah. [ Tiap-tiap tahun aku punya peperiksaan besar]
Ok. Kembali ke cerita jual roti. Bila dah habis aku jual roti, terus aku mahu ke kelas. Bersiap-siap untuk bertugas dan melihat-lihat Bilik Disiplin [BD]. Bila aku lihat ke plastik besar itu, aku tengok ada sepucuk surat. :). Dalamnya tertulis:
"Assalamualaikum.. Boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?
Saya rasa saya sangat suka bila tengok awak. Bila saya tengok awak,
hati saya berdebar-debar.. Saya paling suka tengok awak pakai cermin mata..
Nampak lembut.. Saya tahu awak seorang yang baik hati dan lemah lembut. Kalau awak sudi nak
berkenalan dengan saya, mesejla saya di no 017-9xxxxxx.. Saya harap sangat awak sudi
berkawan dengan saya..
__________________________________________
Set your vision on your heart not in your mind. Because mind easily forget...bla..bla..bla.."
Haha.. Macam tulah lebih kurang. Awalnya ingat ada kawan mahu sakat saya sebab itu macam
tulisan perempuan. Bila tanya-tanya, ada yang memaklumkan seorang lelaki masukkan surat itu ke dalam
plastik roti saya. Entahlah siapa orangnya.. Kalau ada antara anda, sila mengaku ye! Hehe..
Surat-surat di zaman sekolah masi saya siman hinga ke hari ini. Buat kenang-kenangan di hari kelak.
Hehe. Kalau ada masa saya scan kan nanti, InsyaAlah..
P/s: sekarang dah tak main surat dah,.. Mesej dan emel je:P Lagi senang.. Cuma nanti tak dapat scanla. Hoho