08 June 2010

Penyaksian~


Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~

Semalam dan hari ini penuh kesibukan dan penyaksian. Betapa ramai orang yang berkerja, namun culas dalam setiap gerakan dan perbuatan. Betapa ramai pula yang baik riaknya, namun karat dan kulat menghiasi hati nalurinya. Semalam dan hari ini menjadi episod penyaksian bersejarah. Penyaksian di hari akhirat kelak. Mungkin terlalu jauh untuk difikirkan sehingga ke akhirat. Namun, ke sanalah kita akan mendekat.

Aku jadi takut bila fikir hidayah Allah boleh datang dan pergi. Takut jika Allah jauhkan aku dari mendapat petunjuknya(nauzubillah). Episod manusia lalai dan engkar terus berkembang dalam arus dunia kini. Pertumpahan darah, perebutan harta, gila kuasa, tamak haloba terus-terusan menimpa dunia tua. Aku risau sampai masa, dunia tua ini menzahirkan keuzurannya saat manusia terus leka bersama episod-episod bodoh durja mereka. Hanya orang yang menyayangi dan berterusan menyubur rasa cinta pada Allah sahaja akan mengarang episod jiwa-redha, rendah hati, sabar, tawadhuk akan terus terpelihara dari episod durja.

Hari yang penuh penyaksian. Di mana semuanya bakal menjadi saksi. Samada batu yang kita terajang di tepi jalan, anak tikus yang kita penyek dengan tayar basikal, pokok yang kita toreh dahan dan batangnya, dinding yang sarat dengan contengan gila, anjing yang sering kita sumpah haramnya, pasti akan tampil menjadi saksi kelak. Dunia ini penuh penyaksian! Penyaksian apalah yang akan berlaku pada aku nanti.. Ya sattaral u’yub.. Ustur u’yuubana Ya Allah..

P/s: Kesedaran yang seketika, gapailah sewajarnya..