Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~
Menjelang minggu yang terakhir ini, aku merasakan persekitaran ku yang kian hambar. Sangat redup cuaca yang di luar dan menghiasi terus ke relung-relung hati. Ku dakap perasaan ini dengan rasa dingin yang mecucuk-cucuk hingga ke sulbi putih. Terasa gegaran kesedihan di situ. Aku cuba menepis, namun ia pergi dan datang kembali seumpama lalat di Jeti Kampung Bharu sana.
Terbayang wajah putih dan bersih adik-adik yang berjiwa suci. Adik-adik yang bakal aku tinggal pergi. Aduh..
Apa perasaan ini?
Aku rasa sayang..
Namun, faham keadaan dan situasi tak mengizinkan sayang ini menyatukan kami di sini.
Sayang bukan atas dasar rupa, bukan pula harta. Bahkan tak langsung kerana cinta murahan di dunia. Tapi, sayang yang menawarkan kebahagiaan di syurga. Sayang yang menggelapkan jiwa dengan keagungan cinta yang sebenar dan kabur dari sayang yang membawa durjana. Sayang yang dipertahankan kesuciannya. Sayang yang disemai dan dibajai di hati anak kecil yang mulia. Mungkin ini yang menambahkan lagi rasa cinta ini.:)
Rasa ini bertamu lagi. Seperti episod-episod perpisahan yang lalu.
Bersama adik-adik yang aku sayangi dan rindui di Nilai dan Petaling Jaya.
Kakak-kakak dan sahabat-sahabat yang di Gombak serta yang ada di seantero Malaysia dan dunia.
Sahabat-sahabat seperjuangan sekolah dan lagi-lagi lah.
Bukan menangisi, bukan meratapi, cuma sekadar mengenangi dan mengingati. Dan akan terus mengingati. Dan mengingati, insan-insan yang datang dan pergi sepanjang masa aku bermusafir lalu.
Pi mai pi mai tang tu lah kehidupan ini. Dan akan tetap terus berpusing seperti roda...
P/s: Kamu mesti tahu rindu ku ini..-_-