27 May 2010

Nilai Dulu Dan Sekarang

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah.. Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani.. Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi.. Ameen~

Dulu, 
Masa aku sekolah..
Bila aku dengar duit RM5 aku dah rasa banyak.
Mak bagi upah RM1 bila beli makanan aku dah rasa gembira.
Dapat duit raya pakcik dan makcik bagi dah nak melompat dengan girangnya.
Bila sekolah menengah, mak bagi duit RM5 setiapkali aku ke sekolah.
Buat makan dan tambang bas, masih boleh simpan walau lima posen.

Satu masa,
Bila tinggal dengan Ummi dan Abi,
Dorang bagi RM10 untuk belanja makan minum dan tambang bas pergi balik.
Waktu tu aku dah jauh dari sekolah dan rumah mak ayah.
Tinggal di rumah ummi abi ambil masa sejam lebih nak ke sekolah.
Makin jauh dengan mak ayah.
Kalau nak balik ke rumah adalah dalam tiga jam juga.
Kadang-kadang tak sampai pun tiga jam.
Tapi, tiap-tiap minggu aku akan balik.
(Kalau tak ada apa-apala)
Masa tu dah tingkatan tiga.
Dah belajar berjauhan dengan ibubapa.
Mula mengenal, rindu itu bagaimana.
Baru belajar, berkawan itu apa syaratnya.
Baru tahu, sayang itu macam apa.

Bila dapat masuk universiti,
Orang-orang kampung datang rumah ramai-ramai.
Semua nak bagi duit.
RM5, RM10, RM50, RM100..

Semua macam raikan aku..
Walaupun dalam hati, aku tak nak masuk U.
Angan aku nak teruskan STAM dan pergi Mesir atau Jordan.
Tapi, semua itu terbantut.
Abang bantah-katanya kan dah dapat university. Pergi jelah.
Ayah diam. Mungkin tak mahu memaksa.
Mak tak menghalang. Sebab mak mungkin kurang tahu.
Aku? Buntu..
Seribu bahasa jua menyepi..
Sekarang..
Aku dah habis pun belajar di Matrik UIA.
Tengah cuti dan berkerja..
Sekarang dah biasa tengok duit ribu-ribu depan mata.
Orang bayar yuran, aku yang pegang dulu duit tu.
Kalau bukan kerana ilmu jujur dan amanah, aku yakin duit itu lesap bersama aku.
Kalau bukan kerana percaya malaikat memerhati, pasti duit itu ku kebas nanti.
Kalau bukan yakin dengan kalimah Syahadah, pasti kewujudan Allah takku rasa.
Alhamdulillah..
Nikmat ini masih terjaga walau nilai dulu dan sekarang dah tak sama.

P/s: Masih perlu belajar erti amanah dan jujur! Sebab kadang-kadang tak tahan.. Haha